Ahad, 12 Jun 2011

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Makan Angin <b>Di Chemor</b>, Kati « Sebaik-baik Cahaya

Posted: 14 May 2011 10:07 AM PDT

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberi kesempatan kepada ana untuk update entri hari ni. Seperti yang telah ana maklumkan pada entri sebelum ini, hari ini adalah Nakba (bermakna catastrophic dalam bahasa Arab) menandakan 63 tahun Israhell diiktiraf UN sebagai negara yang ditempatkan di tanah milik Palestin. (link berkaitan)

Perjalanan ke Kati dari Kuala Kangsar tidaklah terlalu jauh, boleh menempuh samada jalan lama yang melalui Kota Lama Kiri, atau menaiki jalan untuk ke Kota Bharu. Sampai saja di destinasi yang dituju, laluan ditutup untuk sebarang kenderaan masuk (kecuali pemilik rumah berdekatan) dan semua kereta parking di tempat yang sedikit jauh. Alhamdulillah, semua pengunjung dibawa menaiki van ke tapak.

Sampai saja di situ, banyak pula gerai-gerai jualan yang menempatkan makanan, pakaian, pelbagai cenderamata, berbekam dan sebagainya. Selang beberapa minit, azan berkumandang dan jemaah bersolat di surau yang masih lagi di dalam pembinaan. Memandangkan suraunya kecil tetapi jemaahnya ramai, maka solat diadakan secara bergiliran.

Selesai solat maka ucapan alu-aluan pun berlangsung, diikuti dengan nyanyian dan ceramah ringkas oleh Ezwan, seorang bekas penyanyi kumpulan E.Y.E. (wow, lain macam je bunyinya…) menceritakan tentang keadaan kumpulan E.Y.E yang hanya terkenal selepas 7 tahun album dilancarkan akibat konflik dalaman. Cerita sekadar fillers menunggu the main event.

Main event siapa lagi kalau bukan Bob Lokman. Ana tak sempat menghadiri jamuan High Tea bersama beliau, jadi sangat gembira bertemunya di sini. Majlis dimulai dengan perasmian KEMPAS (Kempen untuk pelekat kenderaan dan motor) diikuti dengan satu sedutan dari Raja Lawak berkenaan resolusi Bob Lokman (menurut pengerusi, Bob Lokman pernah ditawarkan RM50,000 untuk kontrak 11 minggu, tetapi beliau menolak…)

Kemudian beliau memberi ceramah dan menceritakan sedikit sebanyak tentang kisah dirinya. Kemudian diakhiri dengan sedikit lagi nyanyian (berunsur dakwah ye…) oleh Ezwan sebelum majlis melabuhkan tirai untuk malam ini. Esok ada lagi tapi ana dah penat, cukuplah sehari buat masa ini sebab esok mungkin agak sibuk.

Sekadar celahan, mungkin beberapa improvement boleh dibuat,

Manusia tidak terlepas dari kesilapan dan kecuaian, hanya Allah yang Maha Sempurna. So that's the room of improvement yang boleh dilakukan untuk program yang akan datang. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

P/S : The other team pun ada membuat kempen yang sama cuma ia terletak di pusat bandar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan