Khamis, 9 Jun 2011

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Majlis Pelancaran Pesta <b>Negeri Perak</b> Di Menara Kuala Lumpur meriah <b>...</b>

Posted: 01 May 2011 08:30 PM PDT


Majlis Pelancaran Pesta Negeri Perak telah dirasmikan oleh Y. A B Datin Paduka Seri Rosmah Mansor Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia di Menara Kuala Lumpur. Dalam ucapan YAB Datin Paduka Rosmah berkata Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, amat terkenal dan kaya dengan warisannya yang cukup unik trutama kepelbagaian kaumnya.

"Saya amat gembira kerana diberi peluang hadir dan merasmikan Pesta Negeri Perak ini, walaupun saya bukan berasal dari negeri Perak tetapi saya tahu tentang negeri Perak", kata Rosmah lagi.

"Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Perak yang sudi mengadakan pesta negeri Perak ini, kerana dengan adanya pesta yang sebegini ramai pelancong samada dari dalam dan luar negeri dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan negeri Perak".

Menara KL merupakan tempat yang cukup sesuai untuk mengadakan pesta ini kerana kehadiran pngunjung setiap hari mencecah hampir 10,000 orang.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah YB Dato Hamidah Osman Exco Pelancongan negeri Perak, Isteri YAB Menteri Besar Perak YAB Datin Seri DiRaja Saripah Binti Zulkifli, YB Dato Seri Rahman Hashim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Isteri serta dif-dif kehormat yang lain.

YB Dato Hamidah berkata, "tujuan utama diadakan pesta negeri Perak ini adalah untuk memberitahu kepada semua masyarakat di Malaysia dan pelancong dari luar negara betapa uniknya warisan alam di negeri Perak"


Salah satu warisan yang dibanggakan adalah Royal Belum yang terletak di kawasan utara Perak. Ia merupakan hutan yang tertua di dunia berusia lebih 1.3 juta tahun. Hutan ini telah diwartakan oleh kerajaan ngeri Perak sebagai Taman Negeri yang mempunyai keluasan 118000 hektar menyamai keluasan Singapura.

Katanya Lagi, selain daripada itu Arkeologi di Lenggong juga merupakan warisan peninggalan sejarah purba berusia 100,000 tahun. Gua Tempurung juga tidak kurang hebatnya yang kaya dengan pelbagai bntuk batu kapur semulajadi.

Keindahan Pulau Pangkor juga tidak dapat dinafikan lagi, pernah mendapat pengiktirafan daripada sebuah majalah antarabangsa itu pulau yang kedua terindah selepas pulau Hawaii.

Ipoh yang terkenal dengan catatan sejarah tersendiri terutama peninggalan sejarah industri bijih timah.

Hutan paya bakau di Kuala Sepetang merupakan hutan paya bakau yang mempunyai 30,000 ekar yang tlah mendapat pengiktirafan sebagai 'The Best Managed Forest In Th World'.

Satu lagi perkara yang perlu didedahkan ialah warisan alam di Kampung Dew di mana penginjung dapat menyaksikanribuan kelip-kelip yang menghiasi sepanjang sungai. Difahamkan Malaysian Nature Society mengesahkan di sinilah kawasan yang terbanyak persinggahan kelip-kelip di Malaysia.

Banyak lagi warisan negeri Perak yang belum kita ketahui tetapi akan dipamerkan dalam Pesta Negeri Perak yang berlangsung dari 20 April 2011 hingga 08 Mei 2011.

YB Dato Hamidah Osman meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya hadir ke pesta ini kerana masuk adalah percuma. Pesta ini belum pernah diadakan sebelum ini di Mnara Kuala Lumpur disamping dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai warisan negeri Perak.

Posted in:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan