Isnin, 25 Julai 2011

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


UMNO Online - Lagi Kemelut PKR, Cabang Ipoh Barat Bubar

Posted: 11 May 2010 02:00 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Lagi Kemelut PKR, Cabang Ipoh Barat Bubar

IPOH, 11 Mei – Kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila pemimpin dan ahlinya terus bertindak keluar parti termasuk pembubaran cabangnya.

Kali ini tindakan keluar parti dan pembubaran cabangnya berlaku Ipoh Barat apabila ketuanya Fauzi Muda, 51, mengumumkan keluar parti bersama lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan.

Fauzi berka "Hanya akan tinggal kira-kira 10 orang AJK daripada 28 yang ada sekarang kerana mereka juga akan turut mengumumkan keputusan serupa dalam masa terdekat bersama pimpinan Wanita dan kira-kira 500 ahli".

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat PKR Ipoh Barat di Bercham di sini, Selasa.

Menjelaskan tindakan tersebut beliau berkata antara sebabnya adalah kerana kepimpinan PKR Perak mengamalkan sikap berpuak-puak, berkomplot, tidak menerima kritikan serta membawa budaya perpecahan.

Beliau yang mendakwa masih menghormati kepimpinan kebangsaan PKR berkata punca utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan meninggalkan parti ialah apabila menerima surat pada 4 Mei yang menggantung statusnya sebagai perwakilan pada kongres parti akhir bulan ini.

Walau bagaimanapun beliau tidak bercadang menyertai parti lain tetapi akan bergerak cergas dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedang dalam proses penubuhan.

"Saya akan bergerak dalam Pertubuhan Kebajikan Tindakan Suara Rakyat Perak… saya akan jumpa masyarakat jelaskan mengenai PKR sebenarnya," katanya.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri, yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada Mac lepas.

Fauzi berkata kehadiran Mohsin adalah sebagai rakan yang turut mengalami nasib yang sama dengannya iaitu menjadi mangsa kepada komplot pemimpin PKR Perak. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 11 May 2010 Pada 5:00 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan