Rabu, 27 Julai 2011

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Gempar!!!Karman Nampak Pak Belang dalam XPDC mencari Tengas <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 09:17 PM PDT

Gambar diatas menunjukkan karman terperanjat besar kerana ternampak se ekor harimau tengah memerhatikan beliau yang pada masa itu tengah sibuk memasang umpan....kelihatan epoy tengah sibuk berposing dalam xtvt mengambil gambar sendiri untuk buat kenang-kenangan pabila pulang nanti...

Balik pada cerita karman,gambar diatas sebenar nya palsu aje...saja nak gambarkan keadaan karman ketika dalam cerita beliau nampak pak belang ketika mengenakan umpan...orang lain tak nampak,,hanya beliau aje yang nampak..bahaya tu karman...hehe..biasa le, dalam hutan mcm2 ada..silap2 gajah pun ada kut..

Pada 10hb july 2011 jam 9.30am..epoy diiringi geng kpas yang lain meredah hutan belantara hampir 2 jam menuju kelubuk yang jarang diketahui oleh orang ramai iaitu lubuk ikan Tengas...jeng 3x..

Gambar pertengahan pejalanan, berehat seketika bersama 100plus setelah penat mendaki dan meredah hutan... jangan lupa 100plus perisa limau baik untuk perut..

Karman Menunjukkan baju kebanggaan KPAS...hehe ..(atau geli ehem2 bergesel kat baju..maklum le tempat sejuk..hehehe)

Ini ahli2 kpas yang turut serta..dari depan : Karman,meor otai,Aidil,Faiz dan yang mengambil gambar epoy ...

Ini salah satu lubuk Tengas yang dikatakan, Air nampak singkat tapi sebenarnya teramat dalam..jadi yang tak pandai berenang harus berhati-hati di kawasan ini..kelihatan faiz tekun memancing sambil menikmati suasana hutan yang aman, sunyi..damai ..hanya kedengaran bunyi burung2 berbalas menyanyi.. .. rasa nak tidur tapi takut kena kidnap dengan bunian..hehehe..

Deras nya air ... bahaya sekiranya terjatuh...jadi harus berhati-hati..pastikan kasut anda ada bunga tebal baru boleh kesini...

Pot ini paling cantik dengan air nya tenang..kami hanya memancing setakad sini saja kerana kalau kami naik diatas lagi kira dah sampai perkampungan orang asli. Bukan apa..tak nak ganggu diaorang...

Meor mengalami kecederaan di lutut apabila tergelincir ketika pejalanan naik ...ni dah conform kasut bunga dah habis..bak kata orang kampung "tapak dah haus".

Diatas adalah ikan tengas yang berjaya dipancing..(ditempatkan didalam aquarium meor otai)

Hasil XPDC ini mereka berjaya membawa balik lebih kurang 30 ekor tengas bersaiz 200grm - 800gram..tahniah semua...boleh dikatakan semua yang pergi dapat menaikkan ikan tengas..paling kurang sekor..kalau sekor tu teman tau sapa, tak lain bukan Karman..hehehe

Gambar2 tidak banyak diambil kerana masing2 sayang kan handphone, takut terjatuh kedalam sungai..handphone mahal le katakan..

Masa memancing hingga pukul 9.00 malam saja...lebih pada tu tak berani dah, menurut kata epoy, tempat ni boleh tahan jugak..bagi yang tak kuat semangat boleh tumbang dibuat nya..jadi tidak mahu perkara tak diingini berlaku..kami mengambil keputusan balik jam 9malam..( kalau ikutkan hati nak rasa nya memancing sampai besok pagi..)

#XPDC diatas telah disponser sepenuh nya oleh KARMAN...TQ Karman..

bravodieokebasta..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan