Khamis, 14 Julai 2011

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Laman Naim Qlate - Suatu Ketika: WWII : Pertempuran <b>di Kampar</b>

Posted: 23 Apr 2007 12:00 AM PDT

WWII : Pertempuran di Kampar

Pertempuran Kampar (30 Disember 1941 - 2 Januari 1942) merujuk kepada pertempuran yang berlaku di bandar Kampar, yang ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah di negeri Perak.

Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.

Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftean-Jeneral Arthur E. Percival, commander-in-chief bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 meter dengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar.

Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar: rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah jalan raya utama dan landasan kereta api. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang selesa bagi meriam pertahanan - ini kerana pihak Birtish mempunyai kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.

Sehingga petang Krismas 1941, batalion British masih bertungkus lumus menyediakan tempat pertahanan bagi menghadapai kemaraan tentera Jepun yang mereka tahu semakin menghampiri kedudukan mereka setiap jam.

Sungguh pun begitu, mereka sempat menikmati hidangan krismas dengan ayam belanda, ayam dari pasar Kampar, roti segar, cokelat dan juga minuman keras. Selain itu setiap masa yang tinggal diisi dengan tugasan menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati.

Di antara pasukan berikat yang bertahan di situ adalah Batalion Punjab dari Brigade India ke-16, Batalion Hyderabad ke-4 dan ke19 Hyderabad dan Batalion Punjab ke-2 dan ke-5 dari Brigade India ke-12 dan ke-18, Batalion Kedua Argyll dan Sutherland Highlanders dan unit Gurkha dari Brigade India ke-28.

Selama tujuh hari, seramai 3,000 tentera berkerja keras dari subuh sehingga maghrib, menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati yang sebahagiannya masih dapat dilihat di rabung Hijau.


Tentera Sikh sewaktu perang dunia ke 2 di Kampar, Perak pada 30 Disember 1941 hingga 2 Januari 1942 (Battle of Kampar). Di antara Divisyen ke 11 tentera Sikh dengan Divisyen ke 5 tentera Jepun.
Pasukan India telah membantu 3000 tentera British melawan 6000 tentera Jepun di Kampar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan