Rabu, 13 Julai 2011

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Always.......: Site Visit Daerah <b>Kerian</b> 2010

Posted: 10 Jul 2011 05:36 AM PDT

Sebagai perancangan bandar, site visit dilakukan dalam tujuan untuk mengenalpasti keadaan semasa sesuatu tempat yang akan dirancang pembangunannya (aku masih ingat pesan salah seorang lecturer aku masa study dulu katanya "jangan ada yang jadi planner buta sudahlah"). Melalui site visit ini akan mengenalpasti berkenaan keadaan semasa, isu, masalah dan juga potensi yang terdapat di Daerah Kerian untuk dibangunkan.

Site visit ini dijalankan selama hampir 10 hari di sekitar Daerah Kerian merangkumi beberapa sektor seperti perniagaan, perindustrian, pelancongan, rekabentuk bandar, sistem pengangkutan, landskap dan kawasan lapang, pelancongan dan lain-lain sektor lagi.

Daerah Kerian yang terletak di bahagian Utara Perak ini sememangnya terkenal dengan kawasan jelapang padi yang sangat luas selain daripada jelapang padi yang terdapat di Negeri Kedah. Memang agak menyeronokkan apabila datang ke sini dengan melihat keadaan sawah padi menghijau yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan.

Daerah Kerian terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Bukit Merah Semanggol, Kelip-kelip Kampung Dew, Bird Santuary Kuala Gula, pasar kemboja Parit Buntar, aktiviti membuat ikan masin di Kuala Kurau, Perkampungan Nelayan di Bagan Tiang dan banyak lagi.

@ Kuala Gula Bird Santuary (Kredit photo to ANZ staff)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan