Khamis, 18 Ogos 2011

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Jom tengok perang meriam <b>di Kuala Kangsar</b>. | Iefwatsahaja [dot] Com

Posted: 18 Aug 2011 12:45 AM PDT

Salam ke 18 Ramadhan.

Harini aku banyak betul kerja nak kena selesai, dengan lab report la mini project untuk C Programming aku la. Lama-lama boleh jadik sakai assignment aku ni ha. Hahaha. Nasib baik la ada gak masa yang terluang ni bleh la aku nak kongsi sesuatu dengan korang semua kan? Hehe.

Aku promot video ni bukan la sebab aku ni orang Kuala Kangsar ke hape, jauh sekali. Aku share video ni pun sebab aku tengok cara diorang main meriam ni pelik betul la. Meriam diorang pun bukan buat dari buluh, tapi dari paip simen kot tak silap aku. Dengan panjang dah macam tiang letrik aku tengok.Tanpa banyak buang masa lagi korang bleh la usha video kat bawah ni ha. Kalau ada yang sakit jantung tu jangan terkejut lak dengar bunyi "dum dum dum" meriam ni. Hahaha..

Apa yang buat aku rasa kagumnya, diorang yang tukang bakar ni betul-betul hati kering la. Siap duduk atas meriam tu lagi ha.. Dalam hati aku duk fikir apa la yang jadi kalau tiba-tiba je meriam tu pecah ke hape, tak ke arwah di malam raya. Hehehe. Mana-mana tempat pun ada main meriam ni. Tak kira la meriam buluh ke, meriam besi ke, meriam konkrit ke, tapi apa yang pasti, main benda ni memang syok la. Syok masa main, tapi jadik tak syok la kalau ada kecederaan.

Tapi apa yang aku tau, memang acara meriam ni di adakan setiap tahun la, bila malam raya. Kampung masing-masing akan mula lawan dengan kampung sebelah. Aku pun dulu-dulu pernah gak merasai duduk dalam 'medan perang' ni. Dah rasa macam betul-betul perang plak. Dum sana dum sini. Seronok beraya kat kampung ni.

Nasihat aku nak main mercun ke nak main bunga api ke apa yang penting korang kena la hati-hati. Bukan tujuan aku untuk menggalakkan lagi main mercun, tapi benda ni dah macam biasa sangat. Kat mana-mana tempat pun mesti ada punya mercun ni kan? Pandai-pandai la jaga diri masing-masing kan? Kalau rasa takut nak main tu tak payah main, duduk diam-diam tengok orang main suda. Hahaha.

Ifwat : Lama tak jumpa mercun robot dengan mercun botol tu. Asyik jumpa mercun bola je sekarang ni. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan