Ahad, 7 Ogos 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Peniaga ditemui mati : N9 Kini

Posted: 06 Aug 2011 09:30 PM PDT

IPOH: 07 Ogos – Seorang peniaga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Taman Buntung Ria, Menglembu di sini awal, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata mangsa Looi Kim Loong, 67 ditemui mati pada jam 2.10 pagi oleh ahli keluarganya

yang kemudian melaporkan kepada polis. Beliau berkata, ketika kejadian isteri dan anaknya yang tidur di bilik lain yang tidak cedera, mendengar bunyi bising dan apabila mereka masuk ke bilik

mendapati mangsa sudah terbaring.

"Hasil pemeriksaan, polis mendapati pintu rumah tidak berkunci ketika kejadian berlaku, terdapat kesan kecederaan di bahagian leher mangsa dipercayai
ditikam dengan objek tajam dan mayat itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dzuraidi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di nombor telefon 05-2451222 untuk
membantu siasatan.

Ia katanya, adalah kes bunuh ketiga di Perak dalam tempoh seminggu.

Semalam, seorang warga emas, Teoh Ah Nya@Teoh Kooi Lan, 73 ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Tanjung Piandang,
Parit Buntar.

Seorang lagi mangsa bunuh membabitkan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di
pangsapurinya di Tambun Khamis lalu. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga Emas Maut Ditikam | AkuFakhrul.Com

Posted: 07 Aug 2011 07:26 AM PDT

Pecah masuk rumah dan terus tikam tuan rumah yang sedang tidur dengan gunting.

Si anak mangsa pula, cedera selepas bergelut dengan penjenayah.

Kejadian terbaru di Taman Buntung Ria, Menglembu ini  yang ketiga dalam tempoh empat hari di Perak.

Sekitar jam 2.10 pagi tadi, dua lelaki bertindak menceroboh rumah mangsa.

Sebaik berjaya masuk, penjenayah terus meluru ke bilik mangsa, Loi Kom Loong, 67 tahun.

Warga emas yang sedang tidur itu terus ditikam dengan gunting dan mati di tempat kejadian.

Tidak henti setakat itu, kedua-dua penjenayah kemudian meluru ke bilik bersebelahan.

Ketika itu isteri dan anak mangsa sedang menonton televisyen.

Anak mangsa kemudian bergelut dengan suspek.

Jeritan isteri mangsa menyebabkan kedua-dua suspek panik  dan segera melarikan diri.

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan samun.

Setakat ini jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: TV3

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan