Sabtu, 27 Ogos 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Majlis Berbuka Puasa Blogger Perak <b>Di Seri Iskandar</b> | Admiral&#39;z <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 09:38 AM PDT

Rasanya minggu lepas, baru sahaja Blogger Perak mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama.
Semalam, 23 Ogos 2011, sekali lagi diadakan majlis berbuka puasa Blogger Perak di Seri Iskandar.
Dan pilihan tempat berbuka puasa kami kali ini adalah di Restoren Mek, yang berdekatan dengan UTP.
Pada asalnya, majlis ini dirancang untuk 2 orang sahaja, atas sambutan yang cukup menggalakkan, seramai lebih 20 orang telah menyertainya.
Tidak hanya terbuka kepada ahli Blogger Perak, tetapi para pelajar UTP yang lain turut sama hadir atas jemputan di laman web Twitter..
Tak disangka-sangka, daripada sebuah gathering blogger, menjadi sebuah Tweetup UTP (gathering tweetple UTP) yang tidak dirancang.
Biarpun satu kampus, ada juga yang baru pertama kali berjumpa dan bertegur sapa meskipun selalu berhubung di Twitter sahaja.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar sepanjang majlis iftar tersebut:
Menu: Ikan Kembung 3 Rasa, Sayur Kailan, Tomyam & Telur Dadar

Oh ya, apa yang menarik iftar kali ini adalah semua yang hadir akan mendapat kad raya.
Ya, kad raya istimewa daripada saudara
Fadil Penyu.
Jimat sikit bila tak payah letak setem kan?
Khusyuk beliau menulis kad-kad raya
Apa-apapun, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi untuk menyertai majlis berbuka puasa ini.
Meskipun hujan lebat, tapi ramai yang masih sudi untuk meluangkan masa.
Harap supaya kita boleh berbuka puasa lagi di tahun akan datang. InsyaAllah.
Bergambar dengan kad raya masing-masing
p/s: Tertunggu-tunggu 'Rumah Terbuka Aidilfitri Blogger Perak' pula lepas ni... mesti seronok kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan