Isnin, 1 Ogos 2011

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


59 Rumah <b>Di Manjung</b> Dilanda Ribut, Tiga Hari Berturut-Turut <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 04:02 PM PDT

Sebanyak 59 buah rumah dan sebuah kedai di Seri Manjung dekat sini mengalami kerosakan bumbung selepas terlibat dalam kejadian ribut, tiga hari berturut-turut bermula awal pagi Jumaat dan berakhir pada Ahad.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang, Dr. Azizah Johor berkata, sebanyak 52 rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut.

"Kebanyakan rumah penduduk mengalami kerosakan di bahagian bumbung selepas diterbangkan angin dan diikuti dengan hujan lebat menyebabkan banyak peralatan penduduk yang rosak terkena air hujan.

"Bagi meringgankan beban penduduk di saat mereka membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan, kita telah turun padang untuk menghulurkan bantuan segera.

"Semua mangsa masing-masing menerima duit ehsan bernilai RM500 iaitu daripada Tabung Bencana Alam (RM300) dan sumbangan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (RM200)," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Lumut berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenalpasti jumlah kerugian yang dialami mangsa dan akan menyalurkan bantuan segera kepada mereka.

Menurutnya, JKM akan membantu mangsa membiayai perbelanjaan pembaikan bumbung rumah penduduk dalam masa terdekat ini.

Azizah berkata, kejadian tersebut berlaku awal pagi antara jam 3 hingga 4 pagi tiga hari berturut-turut ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

–BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan