Rabu, 14 September 2011

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


THIS IS MY STORY...: Makan Malam <b>Di Bercham</b>

Posted: 07 Feb 2010 08:53 AM PST

Sebentar tadi aku ke Bercham untuk makan malam. Itupun atas ajakan seorang kawan lama. Sudah banyak kali beliau mengajak aku untuk aktiviti lepak-lepak tetapi disebabkan kesibukan masing-masing aktiviti lepak terpaksa ditunda beberapa kali.
Kawan aku itu bernama Hisham. Ketika ini beliau bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan infra Tamby Construction. Sebelum ini kami merupakan 'officemate' ketika sama-sama bekerja di Puchong, Selangor. Jadi bila ada masa terluang kami akan berjumpa untuk bercerita aktiviti yang dilakukan pada ketika ini.

Memandangkan aku pun tengah lapar, jadi kebetulan pulak diajaknya untuk berjumpa. Bak kata orang, pucuk dicita ulam mendatang la. Hehe... Rezeki perut aku la nampaknya. Lagipun memang beliau yang selalu belanja aku.
Makanan yang aku pesan ringkas saja. Waktu malam aku lebih suka untuk makan jenis 'ala carte'. Jadi aku pesan nasi goreng paprik dan kopi 'o' panas. Rasa makanannya biasa saja. Tapi disebabkan perut sudah lapar makan licin jugaklah pinggan jadinya.
Lama jugak aktiviti melepak tadi. Dari pukul 9.30pm hingga 12.00pm. Aku banyak mendengar saja. Beliau yang banyak bercerita sehingga mengantuk aku jadinya lalu meminta diri untuk balik. Lain kali boleh lepak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan