Khamis, 29 September 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Lokasi berkonsep Jonker Street <b>di Ipoh</b> | peraktoday.com

Posted: 29 Sep 2011 02:11 AM PDT

Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) bercadang untuk memperkenalkan konsep Jonker Street dari Melaka serta Walking Street (Songkhla) pada beberapa lokasi 'siar kaki' yang bakal diwujudkan kelak.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, kedua-dua konsep berkenaan dilihat sebagai sesuatu yang unik selain boleh dijadikan sebagai antara usaha bagi menceriakan kawasan di sekitar bandar raya khususnya menjelang sambutan Tahun Melawat Perak tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut bakal dibincangkan, di samping bercadang menghantar pegawai MBI untuk membuat kajian lanjut berhubung perkara berkenaan sebelum ianya diimplementasikan di Ipoh.

"Ketika delegasi MBI menganjurkan lawatan ke Songkhla, Thailand baru-baru ini, kami turut berkesempatan melawat Walking Street di sana dan saya dapati ianya sangat menarik, khususnya dengan pelbagai perniagaan makanan.

"Begitu juga dengan konsep Jonker Street dari Melaka dan saya harap para peniaga di sekitar bandar raya dapat memberi kerjasama untuk mengambil bahagian," katanya, semalam.

Roshidi turut berbangga dengan kemasukan ramai pengunjung luar ke Ipoh sejak kebelakangan ini khususnya pada hujung minggu hingga mengakibatkan kesesakan jalan raya di beberapa lokasi tertentu sehingga lewat malam.

"Sejak kebelakangan ini, Ipoh banyak menganjurkan pelbagai aktiviti (program) dan ini mungkin menjadi faktor yang menarik kunjungan mereka," katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung insiden menembak anjing liar di sebuah kondominium di sini kelmarin, Roshidi berkata, tindakan tersebut diambil setelah menerima aduan orang ramai berhubung anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan aduan perihal anjing-anjing tersebut, saya anggap ianya sesuatu yang perlu ditangani kerana ianya jelas mengancam keselamatan awam," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan