Isnin, 12 September 2011

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: PAS <b>Parit Buntar</b> terus beri sumbangan Ramadhan

Posted: 29 Aug 2011 04:17 AM PDT

PARIT BUNTAR, 28 Ogos : Seramai 170 orang fakir miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan peringkat DUN Titi Serong yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong disini.

Majlis anjuran PAS Parit Buntar dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar ini adalah diantara beberapa program yang diatur oleh Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar bagi membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan.

Setiausaha Jawatankuasa Infaq Ramadhan, Hairul Nizam Ishak berkata, selain sumbangan kepada fakir miskin. Sumbangan juga diberikan kepada anak-anak yatim, guru-guru al-Quran, pesakit hospital serta sumbangan kepada semua masjid dan surau di Parit Buntar.

"Hari ini kita mengumpulkan fakir miskin dan memberikan bantuan, untuk meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadhan ini,"katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang berusaha mengumpul dana Ramadhan dari dalam dan luar kawasan Parit Buntar.

" Walaupun tidak mendapat peruntukan kerajaan, Dr. Mujahid tetap berusaha membantu penduduk di Parit Buntar"

" Saya juga ucapkan terima kasih kepada Pegawai di Pejabat Parlimen, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang turut berusaha mencari dana Ramadhan pada tahun ini" kata Hairul Nizam yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar.

Sementara itu, Dr. Mujahid dalam ucapannya semasa program terharu dengan sokongan penyumbang dan mereka yang memahami stiuasi beliau sebagai wakil rakyat yang dinafikan peruntukan oleh kerajaan memerintah.

" Saya sering menyifatkan diri saya sebagai orang susah memberi bantuan pada orang susah. Selama tiga tahun menjadi wakil rakyat, saya tidak diberi peruntukan yang layak sebagai wakil rakyat.

" Menjalankan tugas sebagai wakil rakyat adalah amanah terutama bagi mencari dana yang besar bagi kerja kebajikan" katanya

Beliau turut berucap mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sumbangan.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan