Khamis, 15 September 2011

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Ceeramoon: Makan Mee Udang <b>di Tronoh</b>

Posted: 11 Sep 2011 08:00 PM PDT

Hari raya ke 4 bersamaan dengan hari jumaat, kitorang balik Tronoh tengok Opah. Disebabkan emak tak balik, aku wakilkan emak dan adik beradik yang lain untuk tengok opah di KG. Lagipun boleh jalan-jalan carik mee udang.

Tujuan ke-2
Ke tujuan utama, kahkahkah....

Setahun sekali okey dapat makan mee udang. Kalau tak pekena tahun ini, mungkin akan mengidam lagi setahun nak makan mee udang tronoh. Mee udang kat tanjung karang tak sedap langsung... kuah cayor, udang sedehhhhhhhhh.... sini, kuah sedap, udang juga fresh!

Saja je up gambar mee udang yang pertama2.
Perempuan mengandung, kalau anda mengidam jangan salahkan saya... mama dan daddy juga follow. Saja nak melawat opah kiteeeee.... Serius udang meriah. Ini jenis selak udang baru jumpa mee. Lepas tu dah lolah nak kopek udang dah...

Oh lebih terbaik dari ayu mee udang kat penang sana...
Jauh2 aku pergi, rupanya mee udang kat tronoh lagi sedap, coi.
Ini tekak aku la ye, tekak korang aku tak tahu.

Landmark mee udang tronoh.
Dibuka seawal jam 7 pagi.
Eh gambar dah terbalik, malas aku nak naikkan...
Keisha pakai baju raya yang dipilih oleh ciput. Dah macam uniform sekolah aku tengok. Ini peel keisha, suka lembikkan badan. Nasib baik daddy ko gagah perkasa. Kalau kena kat aku, lemah urat tangan. Ok dah sampai rumah opah...
Sampai2, sekali berkunci daaaaaaaaaa... terjerit terlolong assalamualaikum tiada siapa yang dengar, padahal dari luar boleh dengar ada orang sedang menonton tv. last2 call emak suruh call kan sapa2 bagitau yang aku dah sampai depan rumah.

Terus ayahcik sampai depan rumah bukakkan pintu...
Rupanya opah tengok nonton tv.
Opah ada problem pendengaran sikit. Kalau cakap dengan dia kena cakap kuat-kuat. Kalau ko bisik2, memang dia tak dengar...

Happy keisha berjalan sana sini, sebab rumah opah sangat luas.
Cun cun aku sampai, sedara mara semua baru je bertolak pulang. Tu pasal rumah kosong...

Pastu aku pun buat la macam rumah sendiri, buat air segala bagai.

Opah saya....
Pastu opah asik tanya pasal emak ajer..

Emak kamu balik besok kan???
Bila emak kamu nak balik??
emak kamu sihat???

Huhu~~
Rindu benar opah dengan emak...

Emak balik KG sabtu ni. Balik duduk lama sikit teman opah. Tapi jangan lama sangat pula, kang abah meroyan emak takde, hehehehe...

Jam 3 macam tu, kami mintak diri, lepas tu terus berjalan ke lumut.
Sempat la beli baju i love pangkor dua helai. daddy beria suruh amik jugak... mula aku amik baju color putih, pastu dia suruh amik lagi satu color itam. terpaksa aku amik dua helai...

Sampai sabak cun cun lepas maghrib. Jalan tak jem langsung, syukur alhamdulillah...

Besoknya, tengahari balik ke KL.
Pun jalan tak jem. 2jam++ dah sampai rumah...

Takde sapa2 buat opehhouse ke? kalau buat jangan lupa ajak kita. kalau kita free insy kita datang...

Love: Ceera =P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan