Laman Blog Pas Parit Buntar bertarikh 17 Sepetember telah menerbitkan  artikel yang sebahagiannya  diambil daripada akhbar Sinar Harian dan  artikel mereka tidak lain dan tidak bukan untuk memburuk-burukkan  Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.
 Tulisan dalam blog berjudul "MASALAH PENDUDUK PARIT TANJUNG PIANDANG , MANA PEGAWAI KHAS MB?
 Sebelum bercerita panjang, TM ingin jelaskan sedikit mengenai wakil rakyat kawasan ini.
 Tanjung Piandang terletak dalam Dun Kuala Kurau yang diwakili oleh Abdul  Yunus Jamahari (Pkr ) dan satu lagi diwakili oleh  Idham Lim Dun Titi  Serong (Pas) dan Ahli Parlimennya ialah Mujahid Yusof (Pas).
 Apa yang didedahkan di bawah oleh Pas samalah seperti peribahasa melayu iaitu seperti membuka pekung di dada. Ia secara tanpa sedar telah mendedahkan kegagalan Pas dan Pkr dalam membela nasib rakyat.
 Ketiga-tiga wakil rakyat sepatutnya membantu apa juga masalah yang  dihadapi oleh pengundi kawasan mereka baik yang menyokong BN atau  menyokong PR. Buat lah seperti kerajaan BN lakukan, membantu tanpa  memilih bulu.
 Kalau ketiga-tiga wakil rakyat tak cukup peruntukan sila jumpa tauke  mereka iaitu Anwar Ibrahim dan Hadi Awang, paling dekat boleh mohon  bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dan Kedah atau boleh juga pinjam  duit daripada Selangor atau Kelantan. Ini tugas kerajaan berkebajikan.   Pas di Perak hanya ada 6 kerusi , tak kan lah tak boleh turun  peruntukan 500 ribu setahun untuk 6 Adun Pas dan 5 Adun Pkr.
 Kepada penduduk juga mesti lah ingat, dulu masa nak mengundi tak mahu  undi BN, tak percaya kepada Umno. Sekarang apa jadi, ibarat pepatah  melayu nasi sudah menjadi bubur, menangis air mata darah pun tak ada guna lagi.
 Jika mereka menuduh MB tak tengok dan tak turun padang juga adalah  fitnah. MB kerap turun padang ke kawasan Dun Titi Serong dan Kuala  Kurau.
 Kali terakhir MB dan rombongan turun ke Tanjung Piandang ialah kelmarin  29 September 2011 Beliau berada di sana seawal 6.30 pagi untuk  bersarapan dengan orang ramai dan 10.30 beliau membuka 'klinik' untuk  membolehkan rakyat di kawasan tersebut berjumpa dan mengutarakan masalah  mereka.
 Sejak menjadi MB Perak bukan sekali dua beliau turun ke kawasan  tersebut. Cuma masalahnya ialah puak-puak Pas atau mengundi Pas totok  yang sombong. Bila MB turun padang, mereka boikot tak mahu jumpa, benci  dan meluat konon.
 Bila susah dan ada masalah kutuk MB…..Ini yang payah dengan puak-puak  lalat hijau. Agaknya itu lah balasan Allah kepada mereka yang kufur  nikmat yang diberikan.
 

 PARIT  BUNTAR, 17 Sept. 
 engarah Majlis Tindakan DUN Kuala Kurau Abdul Bahrain  Desa mengesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap aduan  penduduk di Parit Tanjung Piandang yang disiarkan dalam akhbar Sinar  Harian baru-baru ini.
" Sebagai kerajaan  yang memerintah sepatutnya kerajaan negeri perlu bertanggungjawab  terhadap masalah pembangunan yang diadukan penduduk.
"  Sejak BN merampas pemerintahan negeri Perak dari PR,pelbagai masalah  penduduk tidak diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah. Berbeza  sepanjang 11 bulan pemerintahan PR di Perak" katanya
Beliau  yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar berkata, masalah  jalan, jambatan dan kedhaifan penduduk sudah banyak kali diadukan oleh  penduduk di sini, namun masalah itu terus berlarutan.
"  Berapa lama penduduk harus bersabar. Wakil rakyat PR tidak boleh  disalahkan kerana peruntukan pembangunan dinafikan kepada mereka.
"  Apa yang dilakukan oleh pegawai khas yang dilantik oleh Menteri Besar.  Sepatutnya, merekalah yang menyalurkan masalah penduduk kepada Menteri  Besar" katanya
Tuntut janji pemimpin

TANJUNG  PIANDANG – Janji pemimpin sejak 20 tahun lalu, untuk membaiki jalan  sejauh 5 kilometer (KM) bermula dari kawasan Teluk Pial hingga ke  kawasan Tanjung Piandang mula dituntut penduduk di sini, apabila tidak  ada sebarang perkembangan dilihat setelah lama janji berkenaan  ditaburkan.
Penduduk, Kamarudin  Ismail, 46 berkata, jalan berkenaan perlu diturap segera kerana  keadaannya mendatangkan bahaya kepada pengguna dan sebelum ini dia telah  beberapa kali memohon kepada pihak berwajib.
"Malang  bagi kami bila jalan di kawasan lain yang diturap selepas janji itu  ditaburkan kepada kami sedangkan penduduk di kawasan berkenaan tidak  membuat sebarang permohonan untuk menurap kembali jalan.
"Kami  melihat kawasan yang mendapat kemudahan jalan itu mempunyai kepentingan  politik apabila projek menyediakan kemudahan itu diselenggarakan oleh  pemimpin parti tertentu," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya,  penduduk di kawasan itu merasa seperti di anak tiri dan melihat  pemberian bantuan yang diberikan kepada rakyat mempunyai unsur pilih  kasih.
Menurutnya, keadaan jalan di  kawasan itu turut memberi kesan mendalam kepada anak-anak jati kampung  di luar kawasan yang pulang berhari raya selain menanamkan kebencian  terhadap kepimpinan dalam hati mereka.
"Sebelum  ini ada pihak yang telah berjanji menurap kembali jalan itu dan  memaklumkan peruntukan sebanyak RM50,000 telah diterima, namun hingga  kini, ia sekadar tinggal janji kosong.
"Jika  benar peruntukan itu telah diterima, ke mana perginya wang berkenaan  atau kenapa ia dialih ke kawasan lain dan berapa lama lagi kami terpaksa  menunggu untuk melihat jalan yang semakin teruk ini diturap kembali?"  katanya.
Sementara itu, Mohd Jamal  Mokhtar, 33 berkata, keadaan yang berlaku sekarang ini tidak adil kepada  penduduk terpaksa membayar cukai mengikut jadual dan akan dikenakan  tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya terlewat membayarnya.
"Kita  kena ikut masa yang ditetapkan untuk membayar cukai sedangkan  perkhidmatan semula kepada rakyat cukup susah untuk diselenggarakan,  tambahan di kawasan pendalaman dan sepatutnya pihak berkuasa perlu tegas  dalam memberikan semula perkhidmatan kepada rakyat terutama berkaitan  masalah awam.
"Sudah berapa kali  permohonan dibuat dan sudah berapa tahun janji ditaburkan tanpa  tindakan, juga tanpa memikirkan keadaan jalan sekarang ini mendatangkan  bahaya terutama pada sebelah malam?" katanya.
Tidak mahu terus tanggung risiko
TANJUNG  PIANDANG – Setiap kali tibanya hujan, penduduk di kawasan Ban 136 Parit  Tanjung Piandang Darat mengeluh kerana memikirkan keadaan jalan di  kampung mereka yang tidak berturap sejak sekian lama.
Mohd  Jamal Mokhtar,33, berkata, penduduk memohon pihak terlibat supaya  segera menurap jalan yang lama tidak pernah diturap hingga menimbulkan  masalah becak apabila hujan selain merosakkan kenderaan mereka.
Menurutnya,  walaupun jarak jalan di kawasan perumahan itu yang tidak berturap hanya  500 meter tetapi akan merosakkan kenderaan yang melaluinya terutama  ketika hujan melanda.
Katanya,  alasan peruntukkan tidak ada boleh diterima namun keadaan ini sudah  berlarutan agak lama dan ada juga pihak yang mendakwa peruntukan sudah  diluluskan.
"Justeru sebagai  penduduk kami cuma mahu melihat kesempurnaan kampung kami selain  memudahkan penduduk keluar masuk menggunakan jalan berkenaan.
Seorang  lagi penduduk, Kamarudin Ismail, 46, berkata, jalan itu sepatutnya  sudah lama diturap namun tidak tahu masalah yang timbul hingga ianya  tidak diturap.
"Keadaan ini berlaku  seolah-olah tiada kajian dibuat pihak yang berkenaan untuk memberi  kemudahan kepada penduduk ianya cuma dilakukan untuk kepentingan  tertentu sesetengah pihak.
"Kami  amat berharap jalan di sini diturap secepat mungkin kerana semakin lama  dibiarkan dikhuatiri akan manghakiskan parit yang tidak berbenteng,"  katanya.
Jambatan perlu diubah

 TANJUNG  PIANDANG – Kedudukan asal jambatan di Parit Tanjung Piandang Darat, di  sini, yang tidak strategik selain mengundang bahaya perlu diubah segera  memandangkan telah banyak kemalangan berlaku di kawasan itu.
Kebanyakan  penduduk mahu jambatan sementara itu diubah kerana kedudukan asal  berbahaya disebabkan terdapat beberapa selekoh tajam.
Penduduk,  Mohd Jamal Mokhtar, 33, berkata, keadaan jalan bengkang-bengkok menuju  ke jambatan itu menyukarkan pengguna mengagak kedudukan sebenar jambatan  terutamanya pada waktu malam.
Menurutnya,  bukan itu sahaja malah beberapa kali kemalangan melibatkan lori,  motosikal dan kereta terjunam ke dalam parit kerana menyangka terdapat  jambatan di jalan lurus.
"Baru-baru  ini sebuah motosikal melalui jalan lurus dari kampung dan menyangka di  hadapannya terdapat jambatan sedangkan kedudukan jambatan itu sebenarnya  terletak selepas melalui dua selekoh tajam.
"Akibatnya penunggang motosikal itu terjunam ke dalam parit bersebelahan jambatan ini," katanya.
Katanya, situasi seumpama itu pasti akan berlaku terutama kepada orang luar bahkan bertambah teruk lagi.
"Diharap  jambatan ini diubah dan diletakkan selepas jalan lurus sahaja bagi  mengelakkan kekeliruan dan kemalangan berlaku," katanya.
Sementara  itu, penduduk, Kamarudin Ismail, 46, berkata, jambatan yang ada kini  hanya sebuah titi sementara dibina pihak kontraktor untuk beberapa  pembangunan di kampung tersebut selain memudahkan kenderaan berat mereka  keluar masuk.
Katanya, sehingga kini jambatan itu tidak diubah dan mendatangkan lebih banyak bahaya kepada penduduk.
"Diharap  pihak yang terlibat dapat melihat semula kewajaran jambatan ini dan  mengubah kedudukannya kerana dikhuatiri mendatangkan lebih banyak bahaya  terutamanya kepada pengguna dari luar.
"Ramai pemandu  akan keliru terutamanya pada waktu malam kerana keadaan samara-samar  dan mengagak jambatan itu berada di hadapan mereka tetapi sebaliknya,"  katanyat 
 TANJUNG  PIANDANG – Keadaan rumah yang semakin uzur, di Parit Tanjung Piandang  Darat, di sini, membimbangkan keluarga Jamil Azomi Hassan, 50, apabila  kawasan dapur dan bilik air kini membahayakan keluarga itu.
Jamil Azomi berkata, dapur rumahnya semakin usang kerana dinding dan lantai mengalami kerosakan dan mereput.
Menurutnya, bilik air juga sudah begitu daif dan hanya berpintukan sehelai kain.
"Saya tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan baik pulih ini kerana sudah tidak bekerja akibat faktor usia.
"Kini hanya bergantung harap dengan pendapatan anak untuk urusan perbelanjaan harian," katanya kepada Sinar Harian.
Jamil berkata, jika dilihat dari luar rumahnya, pasti tidak akan percaya dengan keadaan rumah yang daif itu.
Menurutnya, pemimpin kampung tidak pernah datang menjenguk, mungkin tidak menyangka rumahnya itu mengalami banyak kerosakan.
Katanya, diharap pihak berkenaan dapat melihat sendiri keadaan rumahnya seterusnya memberi bantuan baik pulih rumah.
"Saya amat berharap bahagian dapur dan bilik air di baik pulih oleh pihak bertanggungjawab."Jika  saya punya kemampuan saya sendiri akan usahakan untuk memiliki sebuah  rumah yang sempurna, malangnya saya tidak ada peruntukan ini," katanyaSINAR HARIAN
 Kepada pemberita akhbar Sinar Harian pun  jangan lah galak sangat dok bersekongkol dengan Pas.
 Ingat dulu TM sudah hantam Sinar Harian kerana menyiarkan maklumat palsu menngenai warga miskin di Dun Selinsing?
 Jangan sampai TM belalasah lagi untuk kali ke 2 dan seterusnya. Akhbar Sinar tak salah cuma yang matarop ialah pemberitanya.
 															  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan