Rabu, 22 Februari 2012

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


NCIA dan UPE kaji tapak perindustrian baru <b>di Kamunting</b>: DS <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 12:30 AM PST

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Unit Perancang Ekonomi (UPE) diarah supaya mengenalpasti tapak perindustrian baru di Kamunting yang bakal dikenali sebagai Kamunting Raya dalam usaha menaiktaraf  kawasan perindustrian yang sedia ada, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, dalam mesyuarat baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya satu kajian dilaksanakan kedua-dua agensi berkenaan bagi mengenalpasti tapak perindustrian yang lebih luas di Kamunting.

"Kerajaan Pusat melalui NCIA dan Unit Perancang Ekonomi telah bersetuju untuk membuat kajian mewujudkan kawasan perindustrian yang lebih luas di Kamunting dikenali sebagai Kamunting Raya.

"Projek ini dijangka membawa aliran pembangunan hingga ke Jalan Anak Kurau apabila ia dapat direalisasikan kelak," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Jalan Anak Kurau-Kamunting di Batu Kurau, pagi ini.

Hadir sama, Adun Batu Kurau, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias, Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Yakcop diarah supaya mengetuai kajian bagi mengenalpasti kawasan perindustrian Kamunting Raya.

Dalam perkembangan berkaitan, kajian NCIA dan UPE bagi mengenalpasti kawasan perindustrian itu katanya, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Pusat untuk membangunkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Terdahulu, Zambry mengumumkan peruntukan RM200,000 daripada kerajaan negeri iaitu RM130,000 untuk membaiki longkang Kampung Anak Kurau dan RM70,000 lagi untuk  bantuan mengurus dan perbelanjaan Pusat Tahfiz Nurul Iman di Kampung Sepeneh.

Selain itu, Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin pula menyalurkan peruntukan RM60,000 bagi membina empat titi kampung yang rosak bernilai RM15,000 setiap satunya.

Lebih 100 penduduk tidak dapat memasarkan hasil dusun buah-buahan apabila titi yang digunakan rosak sejak beberapa bulan lalu hingga menjejaskan pendapatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan