Jumaat, 3 Februari 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Terengganu Dijangka Jadi Pengeluar <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2011 10:55 AM PST

Terengganu merancang menjadi salah sebuah negeri pengeluar limau madu dan limau langkap terbesar di negara ini pada masa akan datang.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri Md Yusof Maidin berkata ini berikutan Jabatan Pertanian mengadakan projek perintis ke arah pembangunan semula limau berkenaan di negeri itu.

"Kita memulakan projek perintis tanaman limau di Kampung Lubuk Periok, Hulu Terengganu yang dijangka akan mula mengeluarkan hasil tahun depan," katanya semalam.

Katanya ia melibatkan kawasan bekas sawah padi huma terbiar seluas lapan hektar yang ditanam 2,400 pokok limau madu dan limau langkap membabitkan 27 peserta.

Menurut Md Yusuf projek itu dijangka memberikan hasil sebanyak antara 12 hingga 25 metrik tan sehektar pada tahun pertama dan pokok limau itu mampu hidup lama jika diuruskan dengan baik.

Harga limau di pasaran sekarang antara RM3.50 hingga RM4.50 sekilogram dan ini akan memberi pulangan yang lumayan kepada pananam-penanam limau, katanya.

Beliau berkata benih limau dibeli dengan harga RM8 hingga RM8.50 sepokok daripada pengusaha limau yang terbesar di Perak untuk projek perintis itu.

Md Yusuf berkata terdapat dua lagi projek tanaman limau di Hulu Terengganu yang diusahakan oleh individu, masing-masing di Kampung Telaga seluas 0.8 hektar dan Kuala Puih seluas 0.4 hektar.

Beliau berkata pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM170,000 untuk menyediakan kemudahan asas termasuk pengairan untuk projek tanaman perintis itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan