Isnin, 13 Februari 2012

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Persiapan sambutan Tahun Baru Cina kebangsaan <b>di Sitiawan</b>

Posted: 27 Jan 2012 07:41 AM PST

Persiapan sambutan Tahun Baru Cina kebangsaan di Sitiawan lancar

Persiapan sambutan Tahun Baru Cina kebangsaan di Sitiawan lancar

27/01/2012 5:44pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Persiapan rapi sedang giat dilakukan untuk sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Sitiawan, Perak esok dengan rakyat pelbagai lapisan sibuk membuat persediaan untuk acara sambutan itu sejak beberapa minggu lepas.

Agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan turut tidak menang tangan membuat persiapan bagi acara gilang gemilang anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu dan begitu juga penduduk setempat yang turut bekerja keras bagi memastikan kejayaannya.

"Penduduk setempat, bersama-sama dengan pelbagai agensi berkenaan, mula membuat persiapan sejak 31 Disember lepas. Malahan semasa perayaan Tahun Baru Cina (Isnin dan Selasa lepas), persiapan tetap diteruskan. Orang ramai amat teruja dengannya," kata Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha kepada Bernama di sini hari ini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan