Sabtu, 25 Februari 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: MIC mahu Palanivel tanding Parlimen <b>Sg Siput</b>

Posted: 13 Feb 2012 04:14 AM PST

"Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden," kata R Ganesan.

IPOH: MIC Bahagian Sungai Siput memberi keutamaan kepada Presidennya Datuk Seri G Palanivel untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan kerana ia adalah kerusi tradisi bagi presiden parti itu sejak 1960-an.

Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan berkata sekiranya Palanivel mempunyai calon tertentu bagi kerusi itu, parti tetap memberi sokongan dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon berkenaan.

"Kita menjemput dan alu-alukan Datuk Seri (Palanivel) bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum ke-13.

Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden, jika beliau memilih calon lain, kita juga bersetuju dan akan bekerja untuk memastikan kemenangannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata persetujuan untuk Palanivel bertanding di Sungai Siput bukan sahaja dicapai secara sebulat suara oleh MIC, malah turut dipersetujui oleh Umno, MCA, Gerakan, PPP serta disokong oleh IPF dan Makkal Sakthi.

Katanya apa yang jelas, sekiranya Palanivel bertanding bagi kerusi itu, rakyat Perak khususnya penduduk di Sungai Siput akan menikmati pelbagai manfaat terutama dalam aspek pendidikan dan infrastuktur, ditambah pula jika Palanivel dipilih sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Ganesan turut membidas kenyataan bekas ketua pemuda MIC Sungai Siput K Manimaran di dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Sambil menyatakan kekesalan atas kenyataan seperti itu, beliau berkata sesiapapun tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan sedemikian kecuali dipersetujui oleh semua anggota dalam MIC dan Presiden kerana cadangan seperti ini boleh menjejaskan suasana harmoni dalam sebuah keluarga Barisan Nasional (BN), katanya.

"Umno tidak pernah meminta kerusi ini daripada MIC, begitu juga parti komponen lain. Jangan beri kenyataan seperti ini lagi," katanya.

Buka cawangan baru

Katanya setakat September tahun lepas, terdapat 11,066 pengundi India di Sungai Siput dengan MIC mempunyai 7,500 anggota di kawasan itu.

MIC Bahagian itu telah memohon untuk membuka 23 cawangan baru dan ia menunjukkan sokongan berterusan kaum India terhadap MIC dan BN.

Katanya masalah setinggan bandar di samping masalah yang bersifat setempat yang lain merupakan antara isu yang dihadapi penduduk Sungai Siput tetapi atas keprihatinan kerajaan negeri, masalah setinggan melibatkan 300 keluarga dapat diselesaikan.

Baru-baru ini, Palanivel telah mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Perak daripada Datuk S Veerasingam dan ia dilihat sebagai gerakan positif untuk terus memperkukuh kedudukan MIC dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa sekarang.

Sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu yang merupakan bekas presiden MIC, bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Siput mulai tahun 1974 hingga pilihan raya umum 2008 apabila kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael D Jeyakumar. Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan