Ahad, 19 Februari 2012

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


VILLA PERPADUAN, HOMESTAY <b>DI TAMBUN</b>, IPOH

Posted: 16 Dec 2011 09:21 PM PST







Setiap kali Kjee sekeluarga pergi outstation, kami seringkali nampak di sepanjang jalan papan tanda homestay. Tetapi belum pernah terlintas di fikiran untuk tinggal di sebuah homestay. Selalaunya hotel menjadi pilihan kami mungkin sebab kami tak ramai. Kekadang dengan Unclepali dan kekadang Nadia ikut sekali.

Tetapi sekiranya and plan pergi bercuti sekeluarga atau pun dua keluarga, eloklah pilih penginapan secara homestay kerana menjimatkan. Bukan sahaja menjimatkan di segi penginapan tetapi juga di segi penyediaan makanan. Ini adalah kerana homestay ini ibarat tinggal di rumah sendiri. Semua ada, termasuk dapur yang lengkap. Memasak boleh buat secara bergotong royong.
Kjee beritahu fren Facebook Kjee, Jannatunna'im atau lebih mesra di sapa Jann, yang Kjee akan ke Ipoh. Mintak dia tolong rekemen hotel yang selesa. Jann suggest Kjee tinggal jer di homestay miliknya.  Homestay nya terletak di Tambun, dekat dengan Lost World.
Kjee tanya Unclepali dan Dato Hafifi. Dua2nya setuju. Jann kata sewanya hanya RM150 satu malam untuk rumah kembar dua, tiga bilik itu. Tetapi Jann bagi Kjee tinggal percuma saja sebab satu malam jer, katanya. Alhamdullilah terima kasih banyak2 Jann, suaminya Dzul dan ibu Jann, Kak Ima yang sangat peramah.
Memang selesa sangat bermalam di Vila Perpaduan milik Jann. Kjee yang terlupa bawak sterika, mulanya panik jugak tetapi rupa2nya segala2nya ada di homestay Jann.
Kedudukan Vila Perpaduan ini begitu strategik untuk mereka yang ingin ke Lost World Of Tambun dan juga kawasan tumpuan pelancung, Air Panas. Patutlah Kjee nampak banyak sangat homestay di kawasan itu. Rata2nya harga antara RM150 dan RM300 satu malam.
Anyway, Kjee akan singgah lagi di Villa Perpaduan, lain kali kami ke Ipoh, Insya Allah.
Kalau ada yang ingin tinggal di Homestay Villa Perpaduan, sila call Jann di 0195782008. Kena buat booking awal2 sebab hujung minggu jer selalu penuh especially masa cuti sekolah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan