Khamis, 29 Mac 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


House PK: PANAS BERAPI! DEMO ANTI ISRAEL <b>DI IPOH</b>!

Posted: 24 Mar 2012 12:00 AM PDT

Persatuan Usahawan Muslim negeri Perak hari ini menggesa polis agar menyiasat tindakan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa menggunakan dana Israel bagi membiayai kempen pilihan raya umum lalu.

Pengerusinya, Mohd Yusof Ismail, berkata tindakan Anwar itu jelas menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) begitu terdesak untuk memenangi pilihan raya.

"Hari ini, kami tampil ke hadapan untuk menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mengatakan Anwar mendapat bantuan dan sokongan daripada sebuah persatuan yang berhubung kait dengan Yahudi bagi menghadapi pilihan raya umum 2008.

"Beliau (Anwar) mendapat bantuan daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang berkait rapat dengan Christian Democratic Union of German.

"Tindakan Anwar mendapatkan bantuan sokongan dan bantuan daripada KAF amat berbahaya dan sebagai sebuah negara Islam, kita tidak seharusnya bekerjasama dengan Israel," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Ipoh, pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan