Khamis, 8 Mac 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


pengajar.info: Unifest <b>di</b> USM Kubang <b>Kerian</b>

Posted: 07 Mar 2012 10:32 AM PST


KOTA BHARU 6 Mac - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian menjangkakan Fiesta Universiti (Unifest) 2012 yang bermula Khamis ini bakal menarik lebih 3,000 pengunjung.
Program selama tiga hari itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah, pameran, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan pemeriksaan gigi.
Penolong Pendaftar Unit Perhubungan Awam kampus, Nor Heliza Mukram @ Sulaiman berkata, Unifest dianjurkan untuk membuka peluang kepada penuntut mendekati masyarakat melalui program di dewan, jualan produk di gerai-gerai dan permainan.
"Karnival ini juga membolehkan pengunjung luar masuk ke kampus untuk mendapatkan produk yang diinginkan termasuk peralatan komputer dan buku-buku melalui jualan gerai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya mengalu-alukan orang ramai untuk hadir memeriahkan karnival itu selain mendapatkan produk di pasar penuntut di sekitar pekarangan Dewan Utama Kampus USM Kubang Kerian.
"Mereka yang berkeluarga dan membawa kanak-kanak juga boleh menyertai permainan rumah hantu," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan