Jumaat, 30 Mac 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Makhluk Asing (UFO) Muncul <b>Di Parit Buntar</b>, Perak | Terbakor !

Posted: 26 Mar 2012 02:57 AM PDT

 

Makhluk Asing (UFO) Muncul Di Parit Buntar, Perak

Makhluk Asing (UFO) Muncul Di Parit Buntar, Perak

Suatu ketika dulu dunia pernah dikejutkan dengan kehadiran objek-objek dari angkasa lepas yakni UFO dan makhluk asing. Bermacam-macam andaian yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji angkasa lepas hinggakan ada yang mengatakan bahawa kehadiran makhluk-makhluk ini datang untuk mengkaji struktur bumi yang didiami oleh manusia.

Negara kita juga tidak terlepas daripada fenomena tersebut di mana pernah kita digemparkan dengan cerita-cerita kehadiran UFO dan mahluk asing di ruang udara negara kita. Aku sendiri pernah mengalami dan menyaksikan sendiri kehadiran objek tersebut. Kejadian berlaku di kampung aku yang terletak di Parit Buntar Perak. Kejadian berlaku lebih kurang 4 tahun lepas di mana semasa itu aku berada di kampung untuk meraikan majlis khatan sepupu aku, Din Trojan yang berumur 21 tahun.

" Boni, malam ni aku nak belanja hang makan. Aku nak bawak hang pi satu kedai ni. Terbaik! Gulai ayam dia superb habaq hang! Memandangkan esok aku nak sunat, jadi malam ni hang teman aku makan ayam puas-puas noo.",ujar Din Trojan sambil menarik tangan aku memasuki perut kereta Satria GTI beliau. Agak terkejut aku apabila berada di dalam kereta beliau. Dalam kelihatan seperti kereta Kancil, tapi luar seperti kereta Satria GTI. Aku pun seraya menyoal Din Trojan.

" Kereta kau ni sebenarnya Kancil ke GTI?"

" Owh, kereta aku ni sebenaqnya Kancil je bro. Tapi aku make up luaran dia jadi macam Satria GTI. Amacam? Gempak tak bro?",soal Din Trojan kepada aku.

Aku bingung seketika. Nak kata samdol, tapi tak sampai hati pula. Lagi-lagi Din Trojan nak belanja aku makan. Terpaksa aku menjadi seorang hipokrit bak seorang pengampu A.K.A kaki kipas bos di sebuah syarikat kerajaan mahupun syarikat swasta. Bermacam-macam pujian aku lemparkan kepada Din Trojan sehinggakan terdengar bunyi spender Din Trojan terkoyak. Wajah Din Trojan berseri-seri. Secara tiba-tiba di sekeliling wajah dan tubuhnya terang seperti disuluh cahaya spotlight. Wajah beliau mengembang apatah lagi lubang hidungnya. Bibirnya terukir satu senyuman lebar hingga terkeluar sedikit senyuman itu dari pipinya. Kelihatan giginya yang kuning berkarat, rongak depan dan taik-taik gigi di celah-celah giginya yang buruk itu. Loya tekak aku.

Hilang terus selera aku yang sebentar tadi membuak-buak.  Wajah dah kacak. Sekali pandang saling tak tumpah seperti Beto Qushairy. Tapi sayangnya kekacakan itu tidak hadir seiringan dengan personaliti beliau yang memualkan itu. Tidak seperti aku. Beliau patut mencontohi aku. Dah lah wajah terlalu tampan dan seiras Shahrizal Jaszle, personaliti aku pula amat menarik seperti Anuar Zain. Masih
terngiang-ngiang kejadian di mana dua puluh orang awek hampir bergaduh kerana berebutkan aku. Pergh!

" Oi Boni! Hang berangan apa tu?!! Kita dah sampai dah ni! Jom!",teriak Din Trojan lantas menyedarkan aku daripada lamunan sebentar tadi. Dan kami terus bergerak menuju ke dalam perut kedai makan tersebut. Aku dapat melihat kedai tersebut memang dipenuhi orang
ramai. Aku dan Din Trojan terus duduk di meja kosong yang berada berhampiran. Risau kalau-kalau meja kosong itu dirampas oleh pelanggan lain.

" Bro! Bagus ke tempat ni? Mesti mahal kan?",soal aku kepada Din Trojan.

" Yang bagus tidak selalu mahal, yang mahal tidak selalu bagus."

Secara tiba-tiba soalan aku  dijawab oleh seorang orang tua yang sedang membaca surat khabar di meja bersebelahan. Kelihatan rambut
beliau masih hitam tetapi janggut dan misai sudah beruban. Aku dan Din Trojan kehairanan. Tiba-tiba je orang tua ni. Ni kes nak interframe dalam blog dan entri aku lah ni. Menyampah aku. Selepas memesan apa-apa yang patut, aku dan Din Trojan terus bersembang-sembang sehinggalah apa yang dipesan itu sampai. Berselera aku dan Din Trojan menghabiskan makanan. Berpinggan-pinggan kami makan pada malam itu. Setelah menjelaskan bil sebanyak RM5,798.49 , kami berdua terus bergegas pulang ke rumah. Kelihatan wajah Din Trojan agak sugul. Mungkin terlalu sedih kerana beliau terpaksa menggadaikan kereta kesayangannya untuk menjelaskan bil. Aku pula sedikit mengah kerana terpaksa berjalan kaki dengan perut yang dipenuhi dengan makanan. Setelah tiba di satu jalan yang agak sunyi dan gelap, secara tiba-tiba kami terdengar satu bunyi yang amat menyeramkan dari semak berhampiran kami.

 Baju Kurung Manik Termurah di Pasaran. Menangi RM50 dengan mudah!  

" Boni.. Hang dengaq tak bunyi tu?",soal Din Trojan. Kelihatan beliau menggigil-gigil ketakutan.

" Rileks bro! Rileks! Jangan takut, jangan goyang bro. Buat macam tak ada apa-apa. Kita ni lelaki bro. Ingat tu! Rileks.",ujar aku kepada
Din Trojan untuk menenangkan beliau yang semakin pucat. Kedengaran bunyi nafas beliau juga semakin kuat dan kadang-kala seperti tersangkut-sangkut.

" Kalau hang dah paut leher aku, macam mana aku nak rileks? Hang habaq mai kat aku! Aku tak boleh bernafas ni hang tau!! Aku tabuh jugak budak ni!! Hang turun dari kepala aku sekarang!!"

Selepas dimaki hamun secara bertubi-tubi selama lima minit, barulah aku melepaskan pautan tersebut dan turun dari belakang Din Trojan. Nasib baik Din Trojan ni berani. Hati serupa batu. Sedikit sebanyak membantu menambahkan semangat dan keyakinan aku. Selepas beberapa ketika berbincang, akhirnya kami berdua membuat keputusan untuk mencari punca bunyi tersebut. Kami melangkah menuju ke dalam semak tersebut. Perlahan-lahan kami mendekati. Selepas beberapa ketika mengendap, kami ternampak satu kelibat. Berkepala botak lonjong, kurus, dan berbogel.

Makhluk Asing (UFO) Muncul Di Parit Buntar, Perak

Dada aku berombak kencang. Din Trojan juga kelihatan agak terkejut. Kemudian Din Trojan berbisik di telinga aku.  Beliau mengatakan apa yang kami berdua lihat itu adalah makhluk asing. Dia juga mengatakan yang kampung kami dulu pernah kecoh dengan kemunculan makhluk asing. Aku benar-benar tidak menyangka akan melihatnya sendiri di depan mata. Kami berdua mengambil keputusan untuk menangkap makhluk asing tersebut. Aku pada mulanya agak keberatan kerana risau jika terjadi apa-apa yang buruk kepada kami berdua. Tapi disebabkan Din Trojan beria-ria, aku terpaksa mengikut. Lagipun, aku amat yakin pada Din Trojan kerana beliau ada taekwondo tali pinggang putih. Selepas membuat perancangan terperinci , kami berdua terus melakukan serangan hendap. Din Trojan yang paling dulu melakukan serangan.

" Woi!!! Kepala lutut hangpa!! Hangpa takdak kerja lain ka?!! Pantang betui aku kalau orang kacau aku berak!! Hambik ni!!"

Terperanjat aku dan Din Trojan lepas mendengar suara makhluk asing tersebut bertempik. Lintang pukang kitorang lari dari tempat kejadian.  Aku sempat menjeling Din Trojan. Penuh muka beliau dengan taik. Berdekah-dekah aku ketawa sambil berlari. Sampai terkentut-kentut.

" Hahahahaha!! Makhluk asing sangat kau ni!! Banyak sangat tengok TV kau ni!! Kan dah terpengaruh!!",teriak aku kepada Din Trojan.

Keesokan harinya kecoh kampung aku dengan cerita Pak Jeman Lonjong kepala botak kena skodeng masa berak. Disebabkan cerita itu jugalah Din Trojan tak berasa apa-apa ketika sunat kerana asyik ketawa berdekah-dekah. Sehinggakan beliau diisytiharkan bentan oleh doktor pakar seminggu kemudian.

 Info Penulis

NAMA : Boni

URL    : HTTP://BONIJLL3.BLOGSPOT.COM

Sedikit info tentang tuan punya blog:-

Seorang yang happy go lucky. Mewujudkan sebuah blog dengan niat untuk menghiburkan kesemua yang membaca, lebih-lebih lagi insan-insan yang dalam kesedihan, kecewa, stress, depress dengan harapan kehadiran blog ini mampu membuatkan mereka-mereka tersenyum dan menjadi ubat dan tonik paling berkesan untuk menghilangkan segala rasa sedih itu. Itulah matlamat utama blog bonijll3.blogspot.com diwujudkan. Bertepatan dengan trademark 'Hidup Untuk Menghidupkan'. Hidup untuk menceria dan menghidupkan kehidupan orang lain. Semoga akan diterima masyarakat yang membacanya dan menjadikan salah satu medium untuk menghilangkan segala kesedihan, kekecewaan, tekanan dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Asing (UFO) Muncul <b>Di Parit Buntar</b>, Perak | blogr.my

Posted: 26 Mar 2012 03:07 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Makhluk Asing (UFO) Muncul Di Parit Buntar, Perak Tetingkap baru. Makhluk Asing (UFO) Muncul Di Parit Buntar, Perak. 3 hari lepas oleh JohnJimatMania ... Baca selanjutnya → · Lawak terbakor.com 2 pelawat ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan