Isnin, 5 Mac 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


2 Terbunuh Dalam Kemalangan <b>Di Taiping</b>

Posted: 04 Mar 2012 08:12 PM PST

IPOH – Dua terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km 10, jalan Taiping-Selama Ahad malam.

Pemangku Ketua Trafik Negeri, DSP Mohamad Roy Suhaimi berkata mereka yang terbunuh ialah Alvin Jayakumar, 23, dan G. Kandasamy, 51, kedua-duanya berasal dari Taiping.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9.55 malam apabila motosikal yang dibawa oleh Alvin dari Kemunting ke Batu Kurau, dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Roy berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dikatakan memotong kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan motosikal yang dinaiki mangsa.

Pemandu kereta berusia 38 tahun itu telah ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan