Khamis, 1 Mac 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan <b>di</b> Jalan <b>Tanjung Tualang</b>

Posted: 29 Feb 2012 11:05 PM PST




Sepasang suami isteri maut manakala seorang lelaki cedera parah apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan di KM18, Jalan Tanjung Tualang-Kampung Gajah semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman, ketika dihubungi berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian 6 petang itu ialah pemandu kereta Mokhtar Tak, 74, dan isterinya, Mahiyan@Masalamah Ariffin, 60, yang berasal dari Jalan Manggis, Bandar Baru Seberang Perak.



Mohd Fakri berkata, Masalamah yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam selepas dirawat di Hospital Changkat Melintang, Parit manakala suaminya yang dirawat di Hospital Batu Gajah meninggal dunia pada 7.30 malam tadi.

Katanya, pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Mustafa Salimin, 29, yang berasal dari Gopeng, cedera di kepala dan dirawat di Hospital Batu Gajah.

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Mokhtar bertembung dengan kereta Mustafa yang datang dari arah bertentangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan