Rabu, 25 April 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


House PK: PANAS BERAPI! KISAH PENUH GANGSTER BERSIH <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 10:18 PM PDT

Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan menyerang satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan, malam kelmarin.

Seorang ahlinya, Loh Kok Beng, 48, berkata, majlis itu adalah sebahagian aktiviti tahunan PPMPP dan mereka telah dikepung oleh kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih serta parti politik Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) dan Pas pada sekitar jam 10.30 malam.

"Penyokong parti pembangkang berkelakuan ala kumpulan samseng dan ketua mereka (Boon Chye) bertanya siapa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis ini lalu saya menjawab 'sayalah pengerusi majlis itu'.

"Dengan nada keras, Boon Chye mengarahkan supaya suara speaker diperlahankan tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar dan berkemungkinan dalam perjalanan balik.

"Saya meminta mereka tidak mengganggu majlis PPMPP kami tetapi Boon Chye dengan tidak sopannya, terus memarahi saya," katanya.

Pada 23 April lalu, kira-kira 500 ahli PPMPP termasuk keluarga serta penduduk sekitarnya berkumpul di Padang Desa Pakatan di sini pada pukul 9 malam sambil dihiburkan dengan iringan persembahan nyanyian, tarian singa, naga dan bunga api.

Walaupun begitu, kurang daripada jarak 100 meter dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil, terdapat sebuah lagi majlis ceramah pelancaran kempen Bersih 3.0 dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Difahamkan, pihak pembangkang telah meninggikan bunyi pembesar suara mereka biarpun majlis yang dianjurkan oleh PPMPP telah bermula terlebih dahulu.

Disebabkan tindakan pembangkang tersebut, deejay yang mengendalikan majlis PPMPP turut membalas dengan meninggikan pembesar suara mereka sebelum diserang secara tiba-tiba.

Mengulas lanjut, Boon Chye katanya, terus mengarahkan pengikutnya untuk memberhentikan muzik selain bertindak membuka kanopi biarpun tanpa kebenaran kerana tidak puas hati.

"Tindakan pantas pihak polis yang sampai tepat pada masanya menyebabkan pengikut-pengikut Boon Chye terus beredar dari lokasi majlis berkenaan.

"Walaupun mereka sudah meninggalkan majlis kami, tetapi mereka masih memaki, mengugut serta menjerit perkataan-perkataan kesat terhadap saya dan orang ramai yang hadir. Ada juga yang membaling batu ke atas kereta penyanyi undangan kami," katanya.

Dalam pada itu, Kok Beng yang khuatir dengan keselamatannya serta jawatankuasa PPPMP, telah membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Simpang Pulai sekitar pukul 7 ke 8 malam semalam.

Kok Beng turut memohon kepada pihak polis dan kerajaan untuk membela hak-hak demokrasi mereka selain melahirkan rasa sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Boon Chye dengan bersikap seakan-akan samseng.

Sumber: Perak Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan