Rabu, 4 April 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Piya akui tugas berat jinakkan Seladang <b>di Ipoh</b> | Sokernet

Posted: 15 Mar 2012 07:35 AM PDT

You are here: Home / Liga Malaysia, Liga Super / Piya akui tugas berat jinakkan Seladang di Ipoh

Perak vs Kelantan
Liga Super 17 Mac 2012
Stadium Perak, Ipoh, LIVE TV1

Badhri RadziPENDAHULU Liga Super, The Red Warriors menggalas misi sukar apabila bertemu Perak dalam aksi pertemuan sengit yang berlangsung di Stadium Ipoh Sabtu ini.

Ini diakui sendiri Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi yang menyifatkan pertemuan negeri berjiran itu pasti menjanjikan aksi yang menarik memandangkan kedua-dua pasukan menyasarkan misi yang sama iaitu mahu mencipta kemenangan.

"Saya akui tugas berat menanti Kelantan apabila bertemu Perak di Ipoh. Tetapi kita tidak tidak boleh kalah dan perlu saya jelaskan misi Kelantan bertandang ke Ipoh ialah mahu mencatatkan kemenangan pada pertemuan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

"Dua musim (seri 0-0 pada 2010 dan tewas 0-4 pada musim lalu) yang sukar bagi Kelantan setiap kali beraksi di Ipoh. Jadi apakah kita mahu kecewa lagi? Saya tidak fikir kita mahu menerima nasib yang sama sekali lagi.

"Tiga mata amat penting bagi kita kerana empat pasukan iaitu Terengganu, Lions XII, T-Team dan Perak kian menghambat kita. Saya tidak rela tampuk pendahulu liga bertukar tangan kepada pasukan lain setelah kita menerajuinya sejak 20 Januari lalu," katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu walau bagaimanapun memberi peringatan kepada rakan sepasukannya tidak memandang mudah pertemuan ini memandangkan pasukan Seladang ibarat harimau terluka dan sudah pasti memburu kemenangan moral setelah tewas kepada Terengganu pada pusingan kedua kempen Piala FA baru-baru ini.

"Sudah pasti mereka mahu bangkit mencipta kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri. Kita kena akui Perak merupakan pasukan yang kuat pada musim ini. Malah percaturan taktikal jurulatih mereka (Norizan Bakar) kadang kala sukar diramal.

"Kita jangan lupa mereka ada Michal Kubala, Akmal Rizal (Ahmad Rakhli), Shahrulnizam (Mustapa) dan Mohd Shafiq (Jamal) yang boleh memusnahkan impian kita. Jadi semua kita perlu berwaspada dengan pergerakan pemain ini," katanya.

Mengulas ketiadaan penggempur berbisa, Norshahrul Idlan Talaha yang pasti diketepikan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut, pemain yang terkenal dengan panggilan Piya itu tidak menganggap itu masalah besar bagi Kelantan.

"Sebaliknya ini merupakan peluang terbaik kepada pemain import, Onyekachi Nwoha membuktikan kemampuannya. Dia perlu menjaringkan gol dalam pertemuan ini sebagai motivasi kepada dirinya sendiri.

"Tetapi saya percaya pemain tempatan lain seperti Indra Putra (Mahayuddin), Mohd Norfarhan (Muhammad) juga boleh memainkan peranan yang sama merobek pintu gol Perak malam esok," katanya. — SH

Related posts

coded by nessus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan