Sabtu, 28 April 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


RM80,000 disalurkan kepada mangsa banjir <b>di Manjoi</b> – Perak Today

Posted: 24 Feb 2012 10:05 PM PST

Nasib 245 mangsa banjir kilat di Gugusan Manjoi awal pagi Isnin lalu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang menyumbangkan bantuan bernilai RM80,000.

Setiap mangsa menerima wang tunai RM300 yang diharap dapat meringankan beban mereka untuk menanggung beban perbelanjaan harian dan membeli barang kelengkapan rumah yang rosak.

Salah seorang penerima, Jamiah Chu, 42 dari Kampung Tengku Husin, berkata beliau gembira kerana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya yang sudah kali mengalami kejadian banjir.

Katanya, barangan elektrik rumah seperti mesin basuh dan peti ais yang rosak akibat ditenggelami banjir yang berlaku awal pagi Isnin lalu.

"Selain rumah saya, empat lagi rumah jiran turut dinaiki air pada paras lutut dan kejadian banjir terbaru ini merupakan yang terburuk pernah kami alami," katanya kepada Perak Today.com selepas menerima bantuan itu daripada Ahmad Husni di dewan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taufiqiah, Kampung Tengku Hussin, dekat Ipoh, hari ini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, beliau juga berpuas hati dengan bantuan segera yang dihulurkan oleh agensi kerajaan bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri dan wakil rakyat BN yang begitu prihatin dalam menjaga kebajikan  mangsa banjir di Gugusan Manjoi," katanya lagi.

Rakannya, Siti Norhalijah Ahmad, pula berkata akibat hujan lebat beberapa jam, air Sungai Pari melimpah lalu menyebabkan rumahnya yang terletak berdekatan sungai ditenggelami air.

"Kejadian berlaku secara tiba-tiba dan paras air naik hingga mencecah lutut.

"Bagi mengelak kejadian tidak diingini, kami sekeluarga dipindahkan sementara ke pusat pemindahan banjir yang disediakan," katanya lagi.

Beliau berkata, keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dan wakil rakyat sedikit sebanyak dapat menceriakan hati mangsa yang hampir setiap tahun terpaksa berhadapan dengan masalah banjir.

Isnin lalu, lebih 200 penduduk dari sekitar Gugusan Manjoi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat hujan luar biasa yang turun awal pagi ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.

Akibat rempuhan arus yang deras, sebuah jambatan konkrit berdekatan Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup pagi ini termasuklah SK Sungai Pari dan SK Puteri, dekat Buntong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan