Jumaat, 13 April 2012

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


@Khairykj Raikan Pemuda <b>Padang Rengas</b>! Pemuda Perak Kuat <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 06:29 AM PST

YB Khairy telah dijemput ke Parlimen Padang Rengas untuk meraikan Pemuda Padang Rengas bagi menyampaikan peralatan sukan kepada wakil cawangan-cawangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas sekaligus melancarkan "BN Pilihan Orang Muda" peringkat Parlimen Padang Rengas.

Menurut Saudara Zaki, AJK Pemuda Bahagian Padang Rengas,"Kami berbangga YB Khairy Jamaluddin singgah di kawasan kami buat pertama kalinya dan kami akan mememegang serta menyahut seruan "Sedia Gempur". Kami akan pastikan BN menjadi pilihan orang muda, itu janji kami!". Keris sendiri meremang bulu roma mendengar laungan mereka.

InsyaAllah Pemuda UMNO Perak terus kukuh dan menjadi pencetus semangat perjuangan dibawah pimpinan Ketua Pemuda Negeri Perak, Saudara Khairul Azwan disamping sokongan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sentiasa membantu ibarat pepatah melayu lama, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dalam memastikan Pemuda UMNO terus gagah di persada politik Malaysia.

K7L : Keris jadi bersemangat pula ketika berada disana tadi..asalkan wadah perjuangan agama bangsa dan tanahair jadi prinsip pasti Keris menyokong..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan