Isnin, 23 April 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Nalla Serah Pita Rakaman..Anwar Makan Aiskrim Dengan <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 07:43 PM PDT

AIDCNews – 24/04/12 – Bekas sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Datuk S. Nallakaruppan tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah perhubungan sulit Ketua Umum PKR itu dengan isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

"Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan aiskrim dengan Shamsidar", kata Nalla seperti disiarkan TV3 semalam.

Sambil menggesa Anwar percepatkan perbicaraan kes saman terhadapnya, Nalla juga turut menyerahkan satu pita video kepada peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur kira-kira 2 petang semalam.

"Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan," katanya.

Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan kandungan pita video itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda dalam ceramahnya di Kampung Batu Enam Suku Jalan Atas di Tanjung Piandang, adik bongsu Azmin Ali, Ummi Hafilda menyingkap kembali apa yang berlaku di antara beliau dengan abangnya.

Ia berkaitan dengan dakwaan hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim.

"Azmin dia pressure saya. Ehh kenapa kau tulis surat kepada Dr Mahathir? Pasai apa kau tulis surat kepada Dr Mahathir? Saya kata Min maknanya kau tau bini engkau tidur dengan Anwar, Min? Eh itu bukan urusan kau, itu urusan aku dan bos aku. Bos aku boleh kasi 200 juta. Kau cakap berapa juta kau boleh bagi aku? Saya terus urut dada. Saya kata Min kenapa engkau jadi macam ni", katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan