Khamis, 19 April 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Tertulis Untukku..: hari2 terakhir <b>di Trolak</b>..

Posted: 03 Mar 2012 08:42 AM PST


salam.. :)

cemburu jugak tengok orang lain. biasala tu,.. tapi berbalik pada kata2 yang aku pegang. semue yg terjadi ade hikmahnye, semua yang berlaku itu adalah terbaik yang Allah rancangkan untuk kite. so x jadi sedih lame2 sgt..

esok dah nak berangkat. pagi tadi repair kerete. tukar tayar. tayar da teruk sangat2. tayar belakang da sampai nampak dawai die. nasib baik sempat perasan.. kalau tak memang meletup tgh jalan la esok. sebelum ni mmg tak perasan. sebabnye bahagian yang botak teruk du belah dalam. tayar belakang plak tu. ni sebab alignment la.. sebab tu botak sebelah je. dah tukar 2 tayar. alignment n tukar 'arm'. total sume RM550. sabar je la. asal ade duit lebih sikit, mesti kene pkai kat krete dulu. ingat tahun ni jadi la beli android ke, tablet ke.. wuu.. sedey. so,moral of the story..before you planning to buy a car, you better buy a good handphone for yourself first. coz after u already hve a car, u cant afford that phone anymore. even its only below 1K. huhu..

'banyak yang aku ingin lakukan bile jumpe kamu.. banyak yang ingin aku ceritekan. tapi...aku jadi kelu. nak pandang mate kamu lame2 pun aku tak mampu..'

'eh, xbuang kulit udang tu?'
'kat kulit udang tu la ade protein.. hehe. saje..malas'
~dlm hati aku kate.. knape tak bagi ira ,ira nak buatkan..

'nak udang ira tak?'
~dlm hati..please la kate nak.. ira nak suapkan..

'bile jumpe mmg rase nak peluk je.haha..!'
~tapi dalam hati.. ira xmampu.. bukan ira punye..

Jika Pendalaman Boleh Bagaimana Kita - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 06 Apr 2012 05:32 AM PDT

Sekadar satu perkongsian untuk tatapan bersama warga perguruan. Dalam pertemuan dengan Puan Cheng Lai Lian, seorang pensyarah di Institut Aminuddin Baki dan Encik Mohd Mazli bin Mohd Arif, guru besar SK Methodist Tanjong Malim, tersingkap satu kisah kejayaan sebuah sekolah di pendalaman Sarawak, yang telah berjaya mencapai taraf "SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI" atau SBT dan telah mencapai beberapa anugerah sama ada peringkat Kebangsaan atau antarabangsa. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai

Mendengar sahaja kecemerlangan yang dikecapi oleh sekolah tersebut, perasaan ingin tahu begitu membuak-buak. Terfikir di fikiran, ini sekolah yang jauh di pendalaman, bagaimana boleh mencapai sehingga tahap sebegitu? Seribu pertanyaan mula menerka...

Pencarian bermula...

Minda: Keistimewaan SK Ulu Lubai
Oleh Alias Abd Rani

KELIHATAN seorang murid perempuan berjalan seorang diri sambil membawa bekalan makanan dalam beg plastik menuju rumah guru mereka tidak jauh dari sekolahnya.

Ketika dalam perjalanan, dia terserempak dua lelaki sebaya bapanya lalu mengucapkan 'good day sir' membuatkan langkah lelaki itu terhenti seketika sambil memandang ke arah murid itu.
Istilah itu mempunyai maksud 'selamat pagi' dan perbuatan murid itu melambangkan sopan santun dan budi bahasa membuatkan lelaki berkenaan menyanjung cara mereka dididik.

Menjadi amalan harian dan setiap kali terserempak sesiapa sama ada murid berkenaan kenal atau tidak, mereka menghulurkan ungkapan hormat itu.

Itulah keistimewaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai sehingga terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2.

SK Ulu Lubai adalah sekolah luar bandar pertama dinobatkan gelaran berkenaan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam sememangnya tepat pada masanya kerana di sebalik kedudukan jauh di kawasan pedalaman, ia menyingkap seribu rahsia selama ini.

Sekolah yang terdiri daripada 12 guru termasuk guru besar serta 39 murid adalah penghuni rumah panjang Tunggang, Pasir Panjai, di bahagian Limbang bukan seperti sekolah lain di bandar dan jika dibandingkan ibarat langit dengan bumi.

Tapi, menyedari bahawa pelajaran menjamin masa depan, mereka membuktikan setanding dengan sekolah lain di bandar yang lengkap kemudahan asas.

Bukan senang sesebuah sekolah terutama di pedalaman menerima gelaran seumpama ini sedangkan untuk ke lokasi pun terlalu jauh.

Mengambil pepatah orang dulu, 'diam ubi berisi' antara subjek paling tepat dilontarkan kepada sekolah terbabit.

Tidak ada sesiapa mengetahui SK Ulu Lubai, 55 kilometer dari bandar Limbang adalah sekolah terakhir di hulu Sungai Lubai, mula menempah nama sebagai antara sekolah terbaik pada 1992 dengan merekodkan kelulusan 100 peratus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Paling manis apabila seorang murid meraih 5A dalam UPSR pada 2005 dan inilah kejayaan pertama sekolah ini dalam tempoh 41 tahun sejak dibuka pada 1964.

Pencapaian sekolah ini sentiasa meningkat dari segi peratusan dalam UPSR setiap tahun dan termasuk pada 2003 apabila mencatatkan kelulusan 100 peratus.

SK Ulu Lubai meneruskan kesinambungan pada 2007 apabila dua pelajar mendapat 5A daripada 6 calon yang menduduki UPSR dengan pencapaian 100 peratus.
Seterusnya pada 2008, 2009, 2010 sekolah mencapai 100 peratus dan begitu juga dengan gred purata sekolah (GPS) meningkat. Contohnya GPS 2008 ialah 1.83, 1.53 (2009) dan tahun lalu, 1.20.

Guru Besar, Jaul anak Bunyau berkata, sejak penubuhan sekolah ini, banyak program diterapkan kepada murid termasuk menampal kata-kata semangat di setiap bangunan kayu.

Beliau berkata, walaupun kemudahan disediakan terbatas, komitmen murid sekolah ini amat baik kerana mereka menghormati dan menyanjung tenaga pengajar.

"Kejayaan sekolah adalah berdasarkan usaha semua pihak termasuk ibu bapa. Seperkara paling menarik apabila murid akan mengulangkaji pelajaran di rumah panjang pada setiap malam.

"Mereka ditemani ibu bapa masing-masing dan akan dipantau seorang guru. Cara ini amat berkesan dan mampu mendekatkan diri mereka dengan buku.

"Di rumah mereka, terdapat jawatankuasa belajar malam yang memerlukan setiap murid belajar sekurang-kurangnya sejam. Pendekatan ini dibuat sejak penubuhan jawatankuasa itu tiga tahun lalu," katanya.

Pencapaian lain antaranya pernah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah terbaik dalam daerah dan bahagian Limbang sebanyak 46 kali, peringkat negeri (13) dan kebangsaan (5).

Sejak penubuhannya, kejayaan paling manis sekolah ini adalah Juara Anugerah Commanwelth Education Good Practice Aawrds dan kini menjadi pencalonan Unesco Education of International Best Practices 2010.

Dari segi kependidikan prestasi sekolah sebagai pusat keilmuan mampu dibanggakan berdasarkan kualiti peningkatan peratusan keputusan UPSR secara mendadak dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Bagi menyokong kenyataan itu, kira-kira 36.4 peratus dicapai pada 1999, meningkat kepada 55.6 peratus dua tahun berikutnya. Pada 2002, peningkatan mendadak kepada 77.8 peratus direkodkan sebelum menempa sejarah apabila semua pelajar lulus dalam UPSR setahun kemudian.

Bagaimanapun, prestasi itu tidak berkekalan apabila menurun kepada 80 peratus pada 2005 sebelum pencapaian kembali 100 peratus bermula 2006 hingga 2009.
Sekolah ini banyak melahirkan murid berkebolehan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dan ramai juga sudah bekerja.

Pada mulanya, sekolah ini ditadbir majlis daerah sebelum diambil alih Kementerian Pelajaran dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Secara keseluruhan, kualiti pengurusan dan kependidikan di sekolah ini amat memuaskan walaupun sekolah ini sebenarnya menghadapi banyak kekurangan dari segi infrastruktur jika dibandingkan sekolah lain di bandar.

Dari segi pengurusan misalnya, sehingga kini guru besar dengan bantuan guru penolong kanan, guru dan kakitangan sokongan serta pembabitan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berjaya menjalankan tugas secara berkesan.

Sebagai contoh, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif dirancang.

Kejayaan cemerlang murid dalam akademik dan kokurikulum menunjukkan wujud satu sistem pentadbiran cekap serta berkualiti.

Ini kerana tanpa pengurusan berkualiti, mustahil sesebuah organisasi terutama sebuah sekolah terpencil di pedalaman mencapai kejayaan membanggakan.

Kecemerlangan dan kejayaan tidak dicapai secara kebetulan tanpa kerjasama dan usaha gigih dan mantap di kalangan guru dan masyarakat setempat.

- Penulis wartawan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan