Selasa, 1 Mei 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Darurat <b>di Gerik</b> Perak selepas 55 tahun Merdeka - Redlomo.com <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT

Macam tidak percayakan bila disebut darurat di Gerik Perak, Red bro tahu la kawasan ini pernah jadi kawasan darurat dulu.. banyak komunis.. tetapi dizaman moden ini mana ada komunis dah ... tetapi darurat yang red bro maksudnya darurat air..

semasa red bro tulis entrie ini hampir 96 jam ketiada bekalan air di sini.. lori lori air sibuk menghantar air dari 3 hari lepas dan kini.. tentera dikerah untuk menjaga tempat ambilan air.. dan menghantar air kediaman... mmg menarik la.. bila tentera dikerah dah jadi zaman darurat la bukan..

Apa yang red bro dengar ada masalah dengan paip.. tetapi yang menariknya bukan semua kawasan gerik ini tiada bekalan air.. hanya pekan gerik dan kawasan yang mendapatkan bekalan air dari bersia sahaja yang bermasalah.. tetapi bila dah pekan tiada air bermaksud sudah lumpuh la.. red bro tgk kedai kedai makan dah mula tutup.. kalau ada pun pakcik KFC.. tapi air ...dia guna air mineral water... habis kfc borong air mineral water.. tape la.. sekali sekala..

Air mineral di kedai sold out.. sampai habis sampai habis.. la.. biasala.. air untuk minum...mmg la perlu sangat....

Red bro dengan proses baik pulih.. dalam proses dilakukan.. tetapi kepada ambil masa yang lama.. dah nak hampir 96 jam.. ini.. bila difikir balik.. slogan dato najib rakyat diutama pencapaian didahulukan.. kalau dah sampai 96 jam 2.. pencapaian dikira gagal dilaksanakan mengikut piawaian...rasanya Lembaga air perak kena semak semula piagam pelanggannya... piagam pelanggan yang 6 menyatakan tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 1 hari untuk memperbaiki paip agihan air yang pecah atau bocor setelah aduan diterima tidak dapat diterima... rasanya takan 24 jam.. dah bertukar menjadi 96 jam...

Apa pun red bro lihat la.. ini adalah disebabkan ketiadaan pelan tindakan dan alternatif bencana.. jika masalah.. atau mungkin terlalu lama zon selesa wujud di LAP itu menyebabkan mereka alpa jika ada bencana... pemberian alasan sahaja tidak cukup.. mungkin dengan memberi lori agihan air itu tidakan mereka.. tetapi red bro tgk ada juga yang bergaduh pasal ambil air dari lori air.. itu sbb kut tentera dikerah sama bawak air...

Bila difikirkan.. mungkin sudah tiba rangkaian air kebangsaan dilakukan secara menyeluruh dengan menghubungkan paip air diseluruh malaysia.. jika tiada masalah paip itu ditutup tetapi jika masalah berlaku bekalan air.. paip dibuka.. mungkin idea yang patut dipertimbangkan.. sbb rakyat diutama pencapaian didahulukan...

red bro harap pihak LAP akan cepat bertindak menyelesaikan masalah ini.. jgn jadi ini satu isu yang menyebabkan darurat yang berpanjang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan