Rabu, 9 Mei 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kembara YBU bantu Pusat Kebajikan <b>di Ipoh</b> – Perak Today

Posted: 09 May 2012 03:24 AM PDT

Yayasan Bina Upaya (YBU) benar-benar mengaplikasikan fungsi agensi itu dalam membantu kerajaan negeri untuk menangani isu-isu berkaitan kemiskinan selain menjadi pelopor ke arah usaha-usaha membina upaya masyarakat.

Hari ini buat pertama kalinya siri Program Kembara Komuniti 2012 diadakan di sekitar bandar Ipoh dimana lebih 10 konvoi berkereta dikalangan kakitangan dan sukarela YBU menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada 7 Pusat Kebajikan.

Ketua Pegawai Eksektutifnya, Datuk Zainal Abidin Omar memberitahu siri kembara berkenaan akan dijadikan program tahunan agensi terbabit dimana ia merupakan antara pendekatan terbaik yang dilakukan bagi meringankan bebanan Pusat Kebajikan terpilih.

"Jadi untuk hari ini kita telah ziarah ke 7 pusat kebajikan dan daripada kunjungan konvoi itu bantuan dari segi wang, hamper nutrisi serta kelengkapan harian telah diberikan.

"Kita tidak mampu memberi sumbangan yang besar kepada setiap pusat kebajikan, bagaimanapun bantuan kita adalah berdasarkan kemampuan," katanya

Jelas Zainal lagi, selepas ini kembara berkenaan mungkin akan melebarkan sayapnya dengan mengadakan misi jelajah bantuan ke setiap daerah.

Antara 7 badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima bantuan termasuklah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Buntong dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jasa Kinta yang masing-masing menerima peruntukkan sebanyak RM 1000.

Selain itu, 3 NGO lain iaitu Shanti Old Folk Home, Pusat Jagaan Seri Damai dan Persatuan Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya mendapat bantuan berbentuk hamper nutrisi berikutan kesemuanya menempatkan warga emas.

Manakala bagi Pusat Rumah Mesra dan Yayasan Latihan Insan Istimewa pula mendapat sumbangan barangan keperluan harian seperti tuala mandi, serta bahan makanan kering seperti beras, minyak, dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Komen