Ahad, 20 Mei 2012

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


SEMPENA HARI GURU KE-41 <b>DI KUALA KANGSAR</b>, PERAK

Posted: 14 May 2012 09:14 AM PDT


KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
(MCKK)
*FIAT SAPIENTIA VIRTUS*
Oleh : Haji Sulaiman bin Haji Konit, PJK.
Bandar Diraja Kuala Kangsar akan menjadi tuan rumah sambutan perayaan Hari Guru ke-41, pada 16 Mei 2012 ini. Pada tahun 2009 perayaan di Kuala Terengganu, 2010 di Kuantan dan 2011 di Kuching, Sarawak.

Biasa nya lokasi perayaan di adakan di ibu negeri (sepatut nya: Ipoh), tetapi kali ini di adakan di Kuala Kangsar kerana bandar tersebut mempunyai sejarah pendidikan yang istimewa; ia itu mempunyai sekolah elit yang tersohor sejak awal abad ke dua puluh lagi.

Sekolah Berasrama Penuh yang di maksudkan itu ialah: Malay College / Kolej Melayu Kuala Kangsar, yang di tubuhkan pada tahun 1905. Pada peringkat awal nya, Kolej Melayu menempatkan anak keluarga di raja dan pembesar negeri, untuk belajar di kolej berasrama penuh tersebut. Dan kemudian nya, mulai tahun enam puluh telah mengambil pelajar nya dari kalangan rakyat biasa.

Mengimbau kembali 25 tahun lalu, Januari 1987; pertama kali saya menjejak kaki ke Kolej Melayu kerana anak saya diterima belajar di MCKK. Selepas itu beberapa kali saya telah mengunjungi Kuala Kangsar, dan yang terakhir pada 1991, ketika anak saya menerima hadiah khas kerana tugas nya Penolong Ketua Murid. Sesungguh nya MCKK sangat bermakna kepada negara ini, terutarna negeri Perak, yang telah membina asas permulaan Sekolah Berasrama Penuh di negara kita.

Dalam bulan Mac tahun 1909, Pemangku Sultan Pahang bekehendakan budak-budak Melayu dari Negeri Pahang seramai 15 orang untuk di hantar belajar ke MCKK. Akhir nya hanya dapat 6 orang dari Pekan, seorang dari Temerloh dan seorang dari Raub. Ketika itu di katakan, orang Melayu tidak mahu menghantar anak belajar Bahasa Inggeris, di sekolah Inggeris, kerana di takuti menjadi kafir, atau sekurang-kurang nya takut terpengaruh dengan cara penghidupan orang barat.

Budak-budak dari Pahang, yang rata-rata berumur 15 tahun, yang hendak pergi belajar ke MCKK tersebut terpaksa menaiki kapal kecil dari Pekan ke Singapura dan kemudian nya ke Teluk Anson / Teluk Intan, Perak. Dari Teluk Intan menaiki kereta api pula ke Kuala Kangsar. Agak nya berapa lama baru sampai ke Kuala Kangsar dari Pekan. Mereka biasa nya di temani oleh seorang pegawai Penasihat British yang bertugas di Kuala Lipis.

Kemudian nya bila balik bercuti ke Pahang, jalan nya lagi mencabar. Mereka naik kereta api dari Kuala Kangsar ke Kuala Kubu Selangor. Kemudian menaiki bas dari Kuala Kubu ke Kuala Lipis. Dari Kuala Lipis menghilir Sungai Pahang ke Pekan dengan menaiki kenderaan air. (agak nya perahu atau rakit yang mempunyai atap). Menurut penulis: *Kolej Melayu 1905-1965*, masa cuti banyak di habiskan dalam perjalanan sahaja. Masa cuti panjang sedikit, adalah cuti Bulan Puasa dan Hari Raya.

Satu ketika, Raja Di Hilir Perak pada masa itu berkata: Orang Timur gemar meniru cara orang Barat, tidak kira buruk atau baik, kerana mereka telah *di harui* oleh kegemilangan masyarakat orang barat. Saya berharap orang Melayu tidak berbuat demikian, bahkan mereka harus menghargai adat istiadat mereka terlebih dahulu. (kepada pelajar MCKK tahun 1930).

Pada tahun 1947 Oatuk Onn Jaafar, meminta MCKK menambah pelajar Melayu, yang di anggap tempat melatih pemimpin-pemimpin Melayu. Ini jelas terbukti bekas pelajar MCKK yang berselerak di seluruh negara telah menjadi pemimpin dan menerajui di negara ini, dalam berbagai bidang.

Pada tahun 1964 Pengetua Kolej telah berkata : Pelajar-pelajar MCKK telah di ajar menitik beratkan pengetahuan cara berfikir, membentuk akhlak yang rnulia, di samping menggunakan ilmu pengetahuan yang di dapati di Kolej ini untuk di gunakan dalam pekerjaan mereka nanti.

Pengetua MCKK tahun 1991 Encik Rashdi Ramlan berkata: Saya menaruh harapan yang menggunung bahawa generasi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan Kolej Melayu akan dapat mempamerkan daya usaha yang tinggi dalam bidang akademik dan kurikulum bila mereka keluar nanti.

Sahingga sekarang MCKK telah mencapai usia lebih dari 100 tahun. Pengetua pertama nya Encik W. Hargreaves (1905-1918), dan selepas itu pengetua-pengetua nya kebanyakan nya berasal dari England, kecuali mulai tahun 1980 han, kebanyakan dari kalangan orang Melayu.

Ketua Murid nya pula seperti: 1906-1910 Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor; 1916-1917 Mahmud bin Mat ( Pahang); 1938-1939 Abd Razak bin Datuk Husain ( Pahang) Perdana Menteri Malaysia kedua. Tahun 1954-1956, Haniff Omar (Pahang), pernah menjadi Ketua Polis Negara. Begitu juga Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sekarang pernah menuntut di MCKK dan pernah menjadi Ketua Murid tahun 70 han.

Satu perkara mungkin ramai tak mengetahui bahawa pokok getah yang pertama di tanam di Tanah Melayu adalah di Kuala Kangsar pada tahun 1887, di persimpangan jalan tak jauh dari MCKK. Dikatakan anak getah itu telah di tanam oleh H.J Murton (Resident British Hugh Low). Pada awal 1987, pokok getah tersebut masih ada , dan saya dapat melihat nya, di jaga dan di pagar keliling nya ... tetapi hanya sebatang sahaja. Getah akhir nya telah menjadi hasil negara utama pad a masa ini.

Sekolah-sekolah elit Berasrama Penuh telah wujud di negara ini di awal abad ke -20; dan ... selepas itu pula seperti: Clifford School, Kuala Lipis, Penang Free School, Pulau Pinang, Victoria Institution, Kuala Lumpur, dan lain-lain lagi. Sekolah-sekolah elit tersebut di katakan, di dirikan meniru sedikit gaya persekolahan di Great Britain, semasa negara ini di jajah oleh Inggeris.

Sesungguh nya, Sekolah Berasrama Penuh telah memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara, dulu, kini dan mungkin seterus nya, dan akan menjadi pilihan utama ibu bapa; walaupun sekolah harian biasa telah di lengkapi dengan semua kemudahan seperti Sekolah Berasrama Penuh.

Penulis: Bekas GB SK Bandar Temerloh / Tokoh Guru T'loh 1998.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan