Isnin, 14 Mei 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


N51 Pasir Panjang: Berita ahli UMNO menyertai PAS <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 10:09 PM PDT


Berita kemasukan 15 ahli UMNO Lekir dalam Bahagian Lumut baru ini benar-benar menggemparkan dan menjadi satu tamparan kepada Dato' Seri Zambry Abdul Kadir selaku Ketua UMNO Bahagian Lumut yang juga Menteri Besar Perak.Kemasukan mereka sedikit sebanyak telah menjejaskan kradibiliti dan kewibawaan beliau sebagai peneraju UMNO di bahagian tersebut. Sudah pastilah ada kelemahan yang tidak dapat tidak beliau gagal mengatasinya. Saudara Zahid yang telah menyertai UMNO lebih dari 30 tahun, dan mempunyai pengaruhnya tersendiri, malah sangat rapat suatu ketika dahulu dengan Dr Zambry Abd Kadir. Beliau sangat kesal dalam beberapa hal dengan sikap Ketua UMNO Bahagiannya melayani ahli-ahlinya walaupun beliau memiliki kuasa dan jawatan. Setelah Zambry mengetahui Zahid dan 15 ahlinya menyertai PAS, Zambry telah mengekori jejak Zahid untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh beliau rakan-rakannya yang belum dipenuhi. Apapun, Zahid gagal ditemui oleh Zambry untuk berbincang dalam banyak hal khususnya ketidak puasan hati Zahid terhadap Zambry. Zambry mengadakan perjumpaan mengejut dengan golongan muda pada 6 Mei yang lalu di Restoren Siam di Lekir. Semua bendera yang dipasang ditepi jalan ke Lekir dibuka oleh kakitangan Majlis Perbandaran Manjung untuk menyambut kedatangan Zambry walaupun bukan bidang tugas MPM mengenai perkara ini. Dimajlis tersebut Zambry melakonkan sebuah drama kemasukan pemuda ke dalam UMNO....Lawak betul....tapi itulah yang berlaku. Dikhabarkan ada beberapa ahli UMNO akan mengekori Zahid untuk menyertai PAS...Diharapkan Zambry tidak mengelabah dengan berita begini dan tidak mengugut mereka dengan janji-janji kosong untuk menarik mereka kembali kepada UMNO...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan