Rabu, 2 Mei 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Pengalaman Melawat Kapal KD Mahawangsa <b>Di Lumut</b>

Posted: 14 Mar 2012 08:54 PM PDT

Betul tekaan seorang pembaca blog, Atty yang berjaya meneka kami bercuti ke Pulau Pangkor.  Sepatutnya kami pergi pada bulan Disember tahun lepas tapi disebabkan Imran tak baik lagi dari bersunat, terpaksalah di tangguhkan ke cuti persekolah kali ini.

Yang buat lebih seronok percutian kali ni kerana bapa kawan Firdaus ajak kami naik ke kapal KD Mahawangsa yang berpengkalan di Lumut.  Pucuk di cita ulam mendatang..orang dah pelawa kami tak lepaskan peluang nak naik ke atas kapal ni walaupun tak bergerak/berlayar.
Selepas makan laksa dan solat di rumah beliau kami di bawa ke sini.  Nak masuk ke dalam bukan senang..kena melepasi 2 pondok pengawal terutama nak masuk kat tempat kapal berlabuh.

Terpegun melihat kapal-kapal kepunyaan TLDM yang berlabuh di sini.

 Imran yang bercita-cita nak menjadi seorang tentera merasa happy dapat naik atas KD Mahawangsa..bukan Imran sajer ..kami semua merasa seronok sangat

Oleh sebab Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman(bapa kawan Firdaus) sibuk dengan urusan, beliau cuma dapat bawa kami masuk ke dalam pengkalan dan naik ke atas kapal dan memberi taklimat serba sedikit mengenai kapal KD Mahawangsa ini. 

Kemudian tugas beliau di ambil alih oleh seorang pegawai TLD (lupa lak nak tanya nama dia) bersama 2 orang anak beliau.

Info selanjutnya di SINI
 

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. 

Jangan tak tau... Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan '5 S' oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM di Lumut pada Khamis. Pensijilan '5 S' merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

Kami di bawa melawat bilik  operasi, pejabat Kepten tapi tak boleh ambil gambarlah.  Bangga gak dapat masuk ke tempat kereta kebal di tempatkan..fuh besar sungguh..puas gak naik tangga turun tangga..nasib baik tak pancit

 Yang bestnya kami dapat masuk ke tempat sini.. tempat rehat pegawai TLDM

 bagi air minum lagi..wahhhh memang terbaikkk lahhhh..legaaaaaaaaaaa

Terima kasih banyak-banyak kepada Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman yang sudi membawa kami melawat kapal KD Mahawangsa.  

Jangan lupa terjah blog kdmahawangsa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan