Khamis, 10 Mei 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


55 mangsa banjir <b>di Manjoi</b> masih di pusat pemindahan – Perak <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:31 PM PST

Seramai 55 orang daripada 14 keluarga mangsa banjir di Manjoi masih berada di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manjoi, Datuk Nazri Ismail, berkata mereka ditempatkan di dewan orang ramai di sini sehingga keadaan banjir di rumah mereka pulih.

"Walaupun banjir sudah surut tetapi air masih bertakung di rumah mereka dan perlukan masa untuk dibersihkan," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, mereka dapat pulang ke rumah masing-masing esok.

Semalam, 500 orang daripada 140 keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntung dipindahkan ke dua pusat pemindahan selepas air naik akibat limpahan dari Sungai Tapah dan Sungai Pari berikutan hujan lebat lebih lima jam.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan