Jumaat, 4 Mei 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Jenayah Berleluasa <b>di Teluk Intan</b> | Blog SK Sungai Sumun

Posted: 26 Apr 2012 12:44 AM PDT

PESANAN DARIPADA CIF INSPEKTOR NOR ZANUAL, IBU PEJABAT POLIS DAERAH TELUK INTAN

Rabu, 25 April 2012 03:41

Makluman Tuan/Puan Yang Dihormati

Kes ragut sering berlaku di kawasan Taman Ros, Taman Indah Jaya, Pekan Baru dan Pekan Teluk Intan serta kawasan Bandar Baru Teluk Intan melibatkan suspek 4 lelaki Melayu dengan menggunakan motosikal berwarna hijau dan Yamaha 125z warna merah atau hitam dan suspek 2 lelaki India menggunakan motosikal Honda Ex5 warna hitam.

Kes pecah rumah berlaku waktu siang dan malam hari di sekitar Taman Intan Mas, Kampung Terengganu, Pekan Baru, Taman Padang Tembak, Kg. Sungai Manik, Kg. Bahagia, Taman Ros, Taman Seri Intan, Taman Teluk Intan dan Taman Indah Jaya.

Kes curi motosikal berlaku di kawasan rumah di Taman Intan Mas, Taman Desa Bakti, Taman Kerentina, Padang Tembak, Kg. Selabak, Kg. Bahagia dan kawasan hospital.

Justeru, jika tuan / puan melihat suspek yang mencurigakan dan berkeliaran di kawasan sekitar minta hubungi segera dan menyalurkan maklumat secepat yang mungkin di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan di talian 05-629 9222.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan