|   07 di trolak - Google Blog Search   | 
| Rojak Pasembor: Durian dah runtuh <b>di</b> Wilayah <b>Trolak</b> Posted: 10 May 2012 12:41 PM PDT   Felda Wilayah Trolak di Perak dan Hulu Selangor serta Gugusan Felda   Sungai Koyan di Kuala Lipis adalah antara penerima awal durian runtuh   sebagaimana yang diumumkan Persana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak   baru-baru ini.     Seramai 7,845 ketua keluarga peneroka dari 21 tanah rancangan Felda   Wilayah Trolak di Perak dan Hulu Selangor menerima bayaran khas fasa   pertama yang keseluruhannya berjumlah RM39.2 juta disempurnakan oleh   Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu majlis   di Felda Besout 2, Sungkai, dekat sini.   Zambry berkata, semua peneroka berkenaan termasuk dari empat tanah   rancangan Felda di Selangor akan menerima bayaran RM5,000 setiap seorang   secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.   "Pengumuman imbuhan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun   Razak ini bukan durian runtuh tetapi sawit runtuh kerana durian tiada   harga tetapi kelapa sawit ada harga.   "Saya mohon supaya apa yang kita dapat ini dijadikan sebagai   kesyukuran kepada Allah serta usaha kerajaan membantu meringankan   masalah dan menjadikan peneroka Felda benar-benar berjaya," katanya pada   majlis berkenaan.   Pada majlis tersebut, seramai 25 peneroka iaitu masing-masing lima   orang dari Felda Besout 1, Felda Besout 2, Felda Besout 3, Felda Besout 4   dan Felda Besout 5 menjadi kumpulan pertama menerima bayaran tersebut   yang dibuat hari ini.   Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd.   Khusairi Abdul Talib dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka   Chuan.   Zambry juga menempelak pihak tertentu yang hanya tahu memperlekeh   setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk   mendakwa pemberian durian runtuh itu sebagai 'rasuah politik'.   Sementara itu, bagi peneroka di Gugusan Felda Sungai Koyan, Kuala   Lipis pula menerima durian runtuh dengan pembayaran berjumlah RM4.2 juta   hari ini.   Satu majlis khas penyerahan replika cek kepada pengerusi jawatankuasa   kemajuan keselamatan kampung (JKKK) ketiga-tiga rancangan itu diadakan   di Dewan Orang Ramai Sungai Koyan 2 di sini, yang disampaikan oleh Ahli   Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.   Jumlah itu melibatkan seramai 851 peneroka dari Felda Sungai Koyan 1,   Sungai Koyan 2 dan Sungai Koyan 3 yang dijangka akan menerima cek   masing-masing dalam minggu ini.   Bagi warga peneroka Felda Koyan 1, mereka akan menerima sejumlah   RM1.5 juta diikuti Sungai Koyan 2 (RM1.3 juta) dan Sungai Koyan 3   (RM1.39 juta).   Menurut Wan Rosdy, kerajaan sentiasa mengotakan janji kepada warga   peneroka setelah mengumumkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding   (FVGH) semasa pembentangan Bajet 2012 tahun lalu. | 
| You are subscribed to email updates from di trolak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan