Ahad, 10 Jun 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


BN prihatin, ambil berat kebajikan bekas Adun <b>Bercham</b> - Perak Today

Posted: 31 May 2012 11:57 PM PDT

Barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan bekas wakil rakyatnya yang banyak menabur jasa dalam usaha membangunkan negeri itu.

Hari ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkesempatan melawat bekas Adun Bercham, Gooi Seng Teik di rumahnya di Taman Tawas Gemilang yang baru pulih daripada serangan angin ahmar.

Bercakap kepada pemberita, Zambry berkata, bantuan sewajarnya akan dihulurkan kepada bekas wakil rakyat yang mewakili MCA itu selepas penilaian dan kajian dibuat oleh pihaknya kelak.

Beliau sendiri katanya, berasa gembira melihat Seng Teik semakin sihat dan boleh berjalan walaupun menggunakan tongkat sebagai alat bantuan untuk bergerak.

"Beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan hari ini saya datang untuk melihat sendiri keadaannya yang semakin bertambah baik.

"BN negeri Perak akan cuba membantu Seng Teik bagi meringankan beban yang ditanggungnya selepas bersara daripada arena politik," katanya.

Hadir sama, Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Seng Teik yang diserang angin ahmar pada 2010 berkata, beliau berasa terharu dan gembira di atas kesudian Zambry melawatnya, sekaligus membuktikan keprihatinan pemimpin nombor satu Perak itu terhadap kebajikan rakyat jelata.

Beliau katanya, pernah bekerjasama dengan Zambry dan menyifatkan Menteri Besar itu seorang yang serius dalam memperjuangkan nasib rakyat Perak.

"Rakyat negeri Perak perlu bersyukur kerana mempunyai pemimpin dan kerajaan yang begitu serius memperjuangkan nasib rakyat jelata.

"Oleh itu, kesetiaan perlulah disematkan dalam hati kita dengan terus menyokong pemimpin dan kerajaan BN," katanya lagi.

Pada PRU Ke-12, Seng Teik yang bertanding mewakili DUN Bercham tewas kepada calon DAP, Sum Cheok Leng dengan majoriti undi 6,012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan