Rabu, 27 Jun 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Sungai Siput</b> Manfaatkan Saat-Saat Akhir <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 04:06 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Sungai Siput Manfaatkan Saat-Saat Akhir Daftar Pengundi Baru

Oleh: Azlina Rosdy

SUNGAI SIPUT, 25 Jun – Tarikh 30 Jun adalah tarikh akhir untuk rakyat Malaysia yang layak mengundi mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan membuang undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya PRU diadakan selepas Ogos.

Oleh yang demikian, setiap UMNO Bahagian harus memainkan peranan penting memanfaatkan peluang yang ada bagi memastikan lebih ramai rakyat terutama ahli UMNO dapat mengundi.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput Datuk Dzulkifli Harun, beliau telah mengarahkan agar sayap-sayap termasuk parti komponen agar lebih serius sebelum berakhirnya 30 Jun ini untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Sungai Siput yang dimenangi oleh PKR dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong yang dimenangi oleh DAP pada PRU lalu.

"Kita memang memberikan perhatian yang lebih terhadap Parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong kerana kita mahu memastikan Parlimen Sungai Siput mampu meyumbang kemenangan dua pertiga parti di PRU nanti.

"Sebab itulah, saat-saat genting ini harus digunakan sebaik mungkin agar kita dapat mendaftarkan seramai mungkin daftar pengundi baru. Saya juga berpuas hati dengan parti komponen yang turut sama memainkan peranan penting dalam membantu mendaftar pengundi baru," ujarnya kepada UMNO-Online.

Selain itu tambah beliau, setelah semua pihak bertungkus lumus memastikan daftar pengundi baru meningkat dengan baik, akhirnya semua akan terpulang kepada calon yang bakal diletakkan semasa PRU nanti.

"Kita memang tidak boleh menolak bahawa faktor calon juga memainkan peranan penting dalam memastikan kita berjaya dalam PRU. Sekarang ini soal calon harus dititik beratkan kerana sekiranya tersalah letak calon, kawasan yang sepatutnya menang juga kita boleh kalah," ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menyatakan bahawa Jun adalah detik paling sesuai untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

Menurut Abdul Aziz, bulan Jun adalah bulan terakhir suku tahun 2/2012 dan selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu. Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan.

Semakan boleh dibuat melalui Call Centre di ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 ataupun menelefon ke pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Ahad tujuh (7) hari seminggu sepanjang bulan berkenaan.

Malah, semakan juga boleh dibuat menerusi Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my dengan cara memasukkan nombor kad pengenalan dalam ruang semakan yang disediakan dan maklumat pendaftaran pemilih akan dipaparkan; Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Semakan di kaunter SPR boleh dibuat di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, ataupun di pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang bulan berkenaan. – MediaUMNO

Berita Bertarikh 25 June 2012 (3 Hari Lalu) Pada 7:06 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan