Isnin, 25 Jun 2012

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Sambutan Rombongan KRT F2 ke <b>Teluk Batik di</b> luar jangkaan

Posted: 04 Jun 2012 09:08 AM PDT

KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK GAMBAR GAMBAR LAIN
(Terima Kasih kepada Azie dan Rahim)
https://picasaweb.google.com/116862719552919258140/RombonganKrtF2KeTelukBatik3Jun2012#slideshow/5750198854569123794

3 Jun 2012- Setelah mengharung 4 jam perjalanan dari Batang Kali, akhirnya sampai jua rombongan KRT F2 yang disertai oleh sebuah bas dan 3 biji kereta dengan jumlah penyertaan seramai 61 orang kesemuanya.

Jumlah penyertaan pada rombongan ini ternyata melenyapkan kerisauan pihak pengurusan yang mana 5 hari sebelumnya tidak sampai separuh bas yang nak pergi!

Usaha gigih Biro Wanita yang diketuai oleh Puan Zaitun Ngah ternyata berbaloi dengan wajah kegembiraan dan kesenorokan yang terpancar dari muka setiap peserta sejak mula mencecahkan kaki di gigi air pantai teluk batik.

Dengan tabung KRT yang tinggal saki baki sementara menunggu peruntukan tahun ini dimasukkan,  Peserta rombongan yang hanya mendapat pengalas perut dipertengahan perjalanan tidak mempertikaikan langsung sumbangan kecil itu walaupun kos perjalanan ditanggung oleh peserta itu sendiri.

Sikap murni peserta yang menyumbang makanan dan minuman tambahan membuatkan keseronokan bersantai di pantai dapat dirasai semaksimum yang boleh tanpa memikirkan makanan yang telah tersedia sehingga balik!

Walaupun agak lewat tiba (matahari telah tengah diatas kepala), namun kesediaan abang kepada Ketua Biro Wanita KRT F2 merentang tali penanda kawasan ditempat yang begitu strategik sehari sebelum itu melegakan kami. Dengan kehadiran begitu ramai pelawat pada waktu cuti sekolah ini tidak memungkinkan kami mendapat tempat sebaik itu jika datang lewat!

Aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan, namun peserta puas hati dengan acara bebas, dengan bermain bola tampar pantai, menaiki banana boat serta menaiki bot laju mengelilingi pantai tersebut.

Bagi yang tidak mahu membasahkan badan, duduk di kerusi santai yang disewa atau ditikar dibawah pokok teduh sungguh mendamaikan dan dapat menghilangkan tekanan dirumah atau ditempat kerja.

Alhamdulillah, kebimbangan dengan serangan obor obor tidak berlaku dan kami lebih yakin dengan adanya pengawal pantai yang cantik manis (pergghhh) sentiasa memerhatikan keselamatan pengunjung...

Mungkin sedikit keseronokan diragut tatkala terpaksa beratur panjang untuk masuk mandi dan tukar pakaian walaupun bangunannya terletak dibelakang kami dan bersebelahan dengan surau... tapi kami pasrah dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa ramai.

Destinasi seterusnya tentulah mencari ikan bilis pangkor!

Masing masing tak menang tangan menjinjing beg plastik penuh dengan buah tangan untuk dibawa pulang...

Tepat pada masanya, kami berangkat pulang dengan seribu kenangan manis, walaupun terpaksa mengharung kesesakan yang luarbiasa sebelum jambatan sungai perak sampai ke simpang tiga.

Peduli apa dengan kesesakan, bukannya bawak kereta sendiri, kaki tak lenguh, penat boleh tidur dan boleh layan 5 vcd filem terbaru sepanjang perjalanan! Penat bermain air pantai belum hilang, tapi dalam bas dah mula berbincang hendak ke Terengganu sekali lagi!

KRT Bukit Depu.... bersedialah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan