Khamis, 12 Julai 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


misbahul munir: PEKEBUN PISANG <b>DI BAGAN DATOH</b> TIDAK <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 09:51 AM PDT

PAS Bagan Datoh simpati terhadap nasib pekebun pisang yang tidak dibantu oleh kerajaan Perak setelah ribuan hektar tanaman pisang musnah akibat serangan penyakit Moko atau dikenali sebagai penyakit layu bakteria pisang. Para pekebun pisang hilang punca pendapatan, tanaman pisang adalah sebahagian punca pendapatan orang kampung. Bagi menyara kehidupan sekeluarga.

Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bacteria. Nama saintifiknya adalahRalstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, dan kacang tanah.

Penyakit ini adalah 'soil-borne', iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Penyakit ini sukar dikawal kerana ia berjangkit melalui penggunaan peralatan seperti parang, cangkul atau pisang. Pokok lain akan dijangkiti Moko sekiranya peralatan yang sama digunakan.


Di atas keprihatinan terhadap masa depan para pekebun, Pakatan Rakyat Bagan Datoh telah menubuhkan Badan Bertindak Pekebun-pekebun Pisang yang diketuai oleh Sdr. Ramle @Arifin Husein. Badan Bertindak yang ditubuhkan ini akan berfungsi mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ini. Badan Bertindak ini juga akan menuntut pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian negeri agar memberi pampasan kepada para pekebun sebagaimana pekebu pisang di Sabak Bernam, Selangor  yang diberi pampasan RM 1500 setiap hektar ke atas tanaman pisang yang musnah akibat serangan penyakit Moko.


PAS Kawasan Bagan Datoh juga kesal di atas sikap kerajaan yang langsung tidak peka terhadap kesengsaraan para petani yang kehilangan punca pendapatan akibat serangan penyakit Moko. PAS Kawasan mendesak kerajaan memberi saguhati pampasan ke atas para petani sebagaimana petani di Sabak Bernam yang diberi saguhati sebanyak RM 1500 setiap hektar.

Bersama Ariffin Husein di kebun pisangnya, beliau antara penanam pisang yang rugi puluhan 

ribu akibat serangan penyakit Moko.



Misbahul Munir bin Masduki
YDP Kawasan Bagan Datoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan