Ahad, 8 Julai 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Rumah Banglo Satu Tingkat <b>Di Batu Gajah</b>, Perak | Coretan Anuar

Posted: 07 Jul 2012 10:57 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekarang ini saya berada di Batu Gajah Perak (rumah Ayah Mertua saya).. Sambil pergi meronda-ronda dekat Pekan Batu Gajah, ternampaklah iklan rumah Banglo satu tingkat yang  pernah menjadi idaman saya sebelum ini.. 
Pada kira-kira dua tahun yang lepas, saya dan isteri berharap sangat dapat memiliki Rumah Banglo Satu Tingkat Di Taman Desa Permai, Batu Gajah, Perak ini.. 



  • Single Storey Bangalow House
  • Keluasan Tanah 50 'x 80'
  • Jenis A (3 ruangan) - Build-up 1134 Kaki Persegi.
  • Jenis B (4 bilik) - Build-up 1251 Kaki Persegi.

  • Pembeli Mempunyai Pilihan Untuk Perubahan Reka Bentuk dan Susun Atur
  • Kualiti Bahan Bangunan & Design
  • Rekabentuk yang luas dan praktikal
  • lokasi yang strategik
  • Berhampiran dengan kemudahan Awam
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Pinjaman Sehingga 95% (Pemohon yang layak sahaja)
Taman Desa Permai, Batu Gajah terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan infrastruktur dan kemudahan awam seperti sekolah, kedai, pasar raya dan kemudahan sistem pengangkutan. Di samping itu, ia terletak berdekatan lebuh raya Ipoh-Lumut dan stesen keretapi komuter ke Rawang.


Dari stesen Keretapi ini, kita boleh menaiki keretapi express untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Masa perjalanan dari sini ke KL Central dengan menaiki keretapi Express cuma 2 jam sahaja.. 


Semasa saya berhasrat untuk membeli rumah ini, saya dan isteri bertugas di Mukah Sarawak.. Jadi, dengan adanya rumah ini secara tidak langsung akan memudahkan perjalanan kami dari Batu Gajah ke KLIA.. 


Dari Batu Gajah-KL Central (2 jam).. Dari KL Central-KLIA (tak sampai satu jam).. Total perjalanan ke KLIA cuma mengambil masa 2 jam setengah sahaja.. Berbanding 4 jam sekiranya menaiki kereta.. 

Bagi pendapat peribadi saya, rumah ini memang berbaloi untuk dimiliki, disebabkan harganya sangat berpatutan.. Ketika fasa 1 rumah ini dibangunkan, harganya cuma RM148,000 sahaja.. Pada ketika itu, bukannya senang nak dapatkan rumah Banglo satu tingkat dengan harga di bawah RM150K...



Ketika di peringkat pembinaan Fasa 1, saya berkesempatan melihat pembinaan tersebut dijalankan.. Saya dapati rumah ini dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat (warna merah)... Ini menunjukkan pemaju menjaga standard dan kualiti rumah-rumah yang mereka bangunkan di taman tersebut..





Apabila dah berminat.. saya pun telah membuat tempahan untuk membeli seunit rumah di taman tersebut.. Rumah yang kami tempah tersebut adalah rumah "Corner Lot" untuk  pembangunan pada fasa yang ke 4.... Kebetulan pula pada ketika itu tinggal dua unit "Corner Lot" sahaja yang masih ada.. Jadi kami telah menempah salah satu daripadanya.. 


Pada ketika itu, Fasa ke 4 pun saya tak kisah.. Saya sanggup menunggu untuk mendapatkan rumah tersebut..


Masa tu saya fikir berbaloi membeli rumah Corner Lot ini disebabkan rumah yang saya ada sebelum ini adalah
rumah biasa.. Lagipun harga yang ditawarkan untuk rumah Corner Lot di  sini bagi saya memang sangat berbaloi dengan keluasan tanah tambahan yang diberikan..  


Kalau tak silap saya, rumah Corner Lot yang telah kami tempah tersebut berharga RM178,000.. Iaitu berbeza sebanyak RM30K daripada harga "rumah tengah"..


Rumah di sini dibangunkan secara berperingkat mengikut Fasa.. Apabila telah selesai pembangunan rumah untuk Fasa 1, pemaju akan membangunkan rumah pada Fasa yang ke 2, seterusnya Hasa ke 3 dan akhir sekali adalah Fasa yang Ke 4.. 


Jadi pihak pemaju memberitahu saya, supaya menunggu kira-kira 2 tahun sehingga tiba giliran membangunkan rumah untuk Fasa yang ke 4..


Setelah dua tahun berlalu, pemaju baru sempat untuk membangunkan rumah ada Fasa yang ke 3.. Sedangkan harga rumah Banglo satu tingkat ini telah dinaikkan sebanyak RM20k..


Harga "Rumah tengah" telah dinaikkan kepada RM168,800




Sebelum ini rumah Banglo tersebut berharga RM148,800.. Tapi sekarang harga rumah Banglo tersebut telah menjadi RM168,800.. 


Ini harga untuk "rumah tengah".. Harga untuk rumah Corner Lot saya tidak pasti pula berapa.. Tapi saya jangka harga rumah tersebut tentu boleh mencecah sehingga RM200,000.. huhuhu.. 


Saya rasa agak terkilan juga di atas peningkatan harga rumah tersebut.. Rasa terkilan disebabkan tidak berjaya membelinya pada harga dua tahun yang lepas.. 


Nak buat macamana, dah terpaksa menunggu giliran.. Dan saya percaya apabila Fasa ke 4 dibangunkan nanti, berkemungkinan besar harga rumah Banglo satu tingkat ini akan naik lagi..


Jadi saya memohon endapat daripada anda.. 


Adakah wajar saya membeli Rumah Banglo satu tingkat tersebut (Corner Lot), sekiranya harganya melebihi RM220K?


Ps: Lepas ni saya dah tak sanggup untuk membeli rumah baru.. Jadi mulai sekarang saya kena belajar dengan AbangEnsem macamana nak beli rumah terpakai..


Pss: Apa agaknya yang sedang berlaku di antara Eyriqazz Vs Denaihati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan