Sabtu, 21 Julai 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


UMNO Online - Tiga Beradik Miskin, Ditinggal Ibu Jadi Anak Angkat <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2011 04:43 AM PDT

Kategori Berita Lain

Tiga Beradik Miskin, Ditinggal Ibu Jadi Anak Angkat MB Perak

Ipoh, 23 Okt – Tiga beradik miskin dan ditinggalkan ibu mereka, dijadikan anak angkat oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menjamin kebajikan dan pendidikan mereka.

Zambry berkata tiga beradik berkenaan, Ooi Seng Wai, 14, Ooi Seng Foong, 12, dan  Ooi Seng Loong, 8, akan diberi bantuan berupa wang saku sekolah, peralatan sekolah, bantuan hari perayaan dan tuisyen.

"Anak sulung ini menunjukan moral yang tinggi serta keputusan peperiksaan yang baik walaupun hanya mula bersekolah di Darjah Enam. Sebelum ini beliau trauma dan tidak dapat berkomunikasi dengan orang kerana kesan keadaan miskin.

"Kesemua mereka saya jadikan anak angkat saya," katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga itu di Bercham di sini hari ini.

Nasib ketiga-tiga anak malang itu yang tidak bersekolah sebelum ini mula mendapat perhatian Menteri Besar setelah kesusahan mereka akibat ditinggalkan ibu dipaparkan dalam akhbar berbahasa Cina pada 2009.

Termasuk tiga adik-beradik itu, kesemua anak angkat Menteri Besar sehingga kini adalah 107 orang yang terdiri pelajar miskin pelbagai kaum dari seluruh Perak dengan dikendalikan oleh Yayasan Bina Upaya.

Tiga beradik itu kini dipelihara oleh ibu tiri mereka, Wong Kam Yeon, 59, selepas bapa mereka yang bekerja sebagai pemandu teksi meninggal  dunia pada 2008.

Keluarga itu hidup serba kekurangan dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dan  sumbangan akhbar Sin Chew sebanyak RM200 sebulan.

Daripada kesemua bantuan itu, Wong yang tidak bekerja serta menghidapi penyakit asma perlu membayar sewa rumah sebanyak RM250  sebulan, bil air dan elektrik anggaran RM120 sebulan dan tanggungan persekolahan ketiga-tiga adik-beradik itu.

Wong berkata isteri kedua suaminya itu sebelum ini ada memberi kira-kira RM200 sebulan bagi perbelanjaan ketiga-tiga beradik itu namun kini beliau tidak tahu di mana madunya itu berada dan perbelanjaan untuk anak-anak juga telah lama tidak diberi.

"Sekarang kita susah, nak berbelanja juga susah, isteri kedua suami telah tinggalkan ketiga-tiga anaknya dengan saya," katanya.

Seng Wai kini pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham manakala Seng Foong dan Seng Loong masing-masing Darjah Enam dan Darjah Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bercham. Seng Wai dan Seng Foong sebelum ini tidak pernah bersekolah dan hanya memulakan persekolahan pada tahun 2009.

Menteri Besar kemudiannya mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyakRM5,000 kepada keluarga itu. Pada 20 Jun 2009, sebanyak RM5,000 turut disumbangkan kepada keluarga itu bagi bantuan sewa dan tuisyen. Sumbangan kerajaan negeri itu akan diagihkan secara bulanan kepada keluarga itu oleh Dewan Rukun Tetangga Bercham.

Berita Bertarikh Pada 7:43 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan