Rabu, 25 Julai 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Adun <b>Malim Nawar</b> Keluar DAP | Free Malaysia Today – Bahasa <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2010 01:24 AM PDT

Jun 14 - Keshvinder KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini bertindak keluar DAP dan mengisytihar sebagai bebas, menjadi Adun Pakatan Rakyat (PR) keempat berbuat demikian sejak Februari tahun lalu.

Ironinya, tahun sudah beliau mengadu kepada pihak berkuasa bahawa beliau menerima tawaran RM20 juta untuk berpaling tadah, mengisytihar dirinya bebas dan menyokong BN.

Keshvinder mendakwa beliau menerima beberapa tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan kejadian lompat parti yang terakhir ini maka PR Perak sekarang tinggal 27 kerusi di Dun manakala BN mempunyai 28 kerusi dan empat bebas, lapor Malaysiakini

Pada Mac 2008, Keshvinder memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,362 undi dengan menewaskan calon MCA, Dr Chai Song Poh.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan memberi sebab terlalu banyak permainan politik dalam PR sebagai sebab beliau bertindak keluar parti.

Keputusan beliau berbuat demikian ialah untuk kebaikan para pengundi di kawasannya kerana beliau percaya hanya BN sahaja yang boleh membangunkan kawasan itu, sebahagian besar kawasan luar bandar.

Tiada bantuan dari DAP

Keshvinder berkata, beliau berharap kerajaan negeri BN akan menyediakan bantuan kewangan ke kawasannya bagi memudahkannnya berkhidmat kepada para penduduk di Malim Nawar.

"DAP, baik di pusat atau negeri, tidak membantu saya untuk menolong rakyat.  Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk para penduduk di kawasan saya sebagai seorang Adun pembangkang," katanya, sambil menambah beliau menggunakan wang poketnya sendiri sehingga ini.

Beliau menolak dakwaan kononnya beliau dibayar untuk keluar DAP dan mencabar mereka yang menuduhnya supaya memeriksa akaun-akaun banknya.

Ditanya sama ada ahli BN menghubunginya, beliau berkata, "saya bersih".  Saya tahu para penduduk tidak suka dengan perkara ini.

"Tetapi saya akan turun ke peringkat akar umbi untuk menerangkan kepada mereka bahawa saya lakukan untuk kebaikan mereka," katanya.

Tidak seperti mereka yang lompat parti sebelumnya, Keshvinder tidak diiringi oleh sebarang tokoh besar.  Bagaimanapun, beberapa pengawal keselamatan yang turut bersama beliau memberitahu para pemberita bahawa mereka bekerja untuk seorang yang bernama "Hamidah".

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham ketika diminta mengulas mengenai isu ini berkata, pihaknya akan memberikan kenyataan penuh esok di Parlimen pada pukul 11.30 pagi setelah meneliti bukti, kenyataan Keshvinder, dan beberapa faktor lain.

"Saya terkejut dengan tindakan beliau namun hal ini sudah menjadi perkara biasa jika melibatkan taktik BN untuk tarik pemimpin Pakatan Rakyat.

"Ini kerana Keshvinder sebelum ini pernah besama pemimpin Pakatan yang lain membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengenai penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Saya perlu meneliti segala maklumat dan bukti terlebih dahulu dan saya akan memberikan kenyataan secara komprehensif esok," katanya selepas diasak beberapa soalan oleh wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan