Jumaat, 27 Julai 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


UMNO Online - Kem PLKN <b>Di Sungai Siput</b> Ditutup Susulan <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 11:17 PM PDT

Kategori Dari Parlimen

Kem PLKN Di Sungai Siput Ditutup Susulan Kematian Pelatih – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok di Sungai Siput, Perak telah ditutup operasinya susulan kematian seorang pelatih pada 12 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

"Kita tidak berkrompomi dan sedaya upaya melaksanakan program bersandarkan 'Standard Operating Procedure' (SOP) serta kita akan pastikan jika wujud sebarang permasalahan di mana-mana kem PLKN, tindakan tegas akan ditentukan.

"Justeru saya ambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan-latihan pengairan malah kem PLKN Terkok ditutup dan tidak mengambil peserta untuk pengambilan kali akan datang," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Fong ingin tahu tindakan kementerian terhadap kes tersebut dan sama ada akan  akan menangguhkan PLKN untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya.

Ahmad Zahid berkata kematian R.Vinoth, 18, itu bukan disebabkan oleh kencing tikus dan perkara tersebut disahkan selepas pemeriksaan makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak, mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira.

Namun katanya, tindakan menutup kem Terkok dan menghentikan latihan air adalah bagi menjaga keberkesanan PLKN dan bagi memastikan tidak akan berlaku masalah kesihatan disebabkan oleh kelemahan pentadbiran dan kebersihan.

"Diingatkan, kami tidak akan berkompromi sama ada dengan komandan, jurulatih atau pihak yang menjadi operator mana-mana kem berkenaan sekiranya mereka melanggar SOP," katanya.

Beliau menyifatkan cadangan untuk menangguhkan atau menghentikan terus PLKN hanya kerana berlaku beberapa kematian, adalah sebagai langkah ke belakang.

"Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Feb lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu), Ahmad Zahid berkata setakat ini seramai 33,591 bekas pelatih telah mendaftar sebagai anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan jumlah dijangka terus bertambah dengan adanya kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat  Negara (JLKN).

Beliau berkata penubuhan BSKN tidak terbatas kepada remaja yang menjalani latihan PLKN sahaja tetapi juga mencakupi bekas pelatih PLKN yang telah dewasa yang masih mahu menyumbang khidmat bakti secara sukarela.

Katanya anggota BSKN boleh digembleng bagi membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelbagai kejadian malapetaka atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran.

"Kerajaan akan terus berusaha membina generasi muda bersemangat patriotism tinggi di negara ini dan dengan adanya sikap kesukarelawan dan saling bantu membantu, ia sudah tentu akan memantapkan persefahaman dan perpaduan antara kaum," katanya.

Berita Bertarikh Pada 2:17 PM

ShiZone » PANAS | Cameron ,<b>Sungai Siput</b> atau Teluk Kemang <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 12:35 AM PDT

Berita yang baru penulis terima, bahawa presiden parti Malaysian Indian Congress Datuk Seri Palanivel belum lagi memutuskan kawasan mana beliau akan bertanding namun telah memberi indikasi kepada 3 kawasan iaitu Cameron Highlands, Sungai Siput dan Teluk Kemang.

Penulis berpendapat bahawa Sungai Siput mungkin menjadi pilihan Datuk Seri Palanivel, ini kerana ia merupakan kawasan parlimen yang ditandingi oleh bekas – bekas Presiden MIC. Oleh itu Sungai Siput mungkin menjadi pilihan utama Presiden. Jika tidak, Cameron Highlands akan menjadi pilihan yang selamat untuk menang dengan selesa, kerana ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

Penulis juga beranggapan kawasan Teluk Kemang tidak akan menjadi pilihan Datuk Seri Palanivel. Ini kerana tampok kepimpinan Barisan Nasional Negeri Sembilan dikatakan "GOYAH".

Biar apa pun dikatakan oleh semua, Penulis pasti sesiapa yang menjadi calon di Sungai Siput dan jika telah memenangi Kawasan Parlimen Sungai Siput, Individu atau MP MIC tersebut bakal menjadi Presiden MIC kerana Kerusi Sungai Siput merupakan Kerusi sebilangan Bekas Presiden MIC.

Ayuh Kita tunggu dan Lihat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan