Khamis, 16 Ogos 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Siasat Projek Sawah Padi Kampung <b>Jelapang</b>

Posted: 12 Aug 2012 10:40 AM PDT

SETIU – PAS menggesa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan keatas projek yang bernilai RM46 juta melibatkan kerja-kerja pembangunaan infrastruktur sawah padi di Kampung Jelapang, Langkap, dekat sini.


Menurut Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu,  Dr Azman Ibrahim, para pesawah telah mendakwa projek tersebut tidak dibangunkan dengan sewajarnya menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam menanam padi.

"Kita (PAS) menggesa pihak berkuasa menyiasat perlaksanaan projek pembangunan infrastruktur sawah padi Kampung Jelapang yang didakwa tidak sepadan dengan perbelanjaan,

"kerajaan membelanjakan RM46 juta untuk pengairan dan jalan ladang serta lain-lain kemudahan, tetapi masalah yang paling besar adalah air tidak dapat disalurkan ke dalam sawah,"ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di pekan Jabi, disini pada Sabtu, 11 Ogos.

Katanya, beliau juga turut menerima aduan tindakan diskriminasi agihan bantuan input oleh ketua-ketua blok projek sawah padi tersebut terhadap para peserta yang terlibat.

"Ketua-ketua Blok yang dilantik adalah para pemimpin Umno di kampung itu dan mereka tidak bersikap adil dalam mengagihkan bantuan input termasuk baja dan racun,

"ini sangat mendukacitakan memandangkan pimpinan tertinggi Umno sering melaungkan slogan rakyat diutamakan, sebaliknya hanya suku sakat sahaja yang diberi bantuan,"jelasnya.

Dr Azman yang juga Pegerusi Lujnah Pertanian PAS Setiu turut mempersoalkan janji yang tidak ditepati oleh Menteri Besar dan kerajaan Umno-BN kepada para peserta projek sawah terbabit.

Sebelum itu beliau telah menyampaikan sumbangan berupa beras dan pakaian kepada 60 orang golongan yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim, ibu tunggal di masjid Jabi.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Muslimat PAS DUN Jabi yang menganjurkan program tersebut.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan oleh PAS kepada orang ramai berbeza dengan apa yang disumbangkan oleh Umno dan Barisan Nasional kerana PAS tidak menyampaikan apa yang disumbangkan oleh orang ramai yang ingin melakukan amal kebajikan.

Sebaliknya kata beliau, Umno-BN menggunakan hasil kutipan cukai rakyat dalam program-program kepartian mereka bagi meraih sokongan politik.

Komen:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan