Isnin, 24 September 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Cubaan rompak lagi gagal | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 10 Sep 2012 04:49 PM PDT


TANJUNG MALIM, 11 Sept. : Sekumpulan lelaki bermotosikal merompak RM142,000 dan pelbagai barangan di dua stesen minyak di sini dan Hulu Bernam, Selangor, pada awal pagi Sabtu dan Ahad lalu.

 Kumpulan lelaki larikan RM142,000 dari stesen minyak

Bagaimanapun, cubaan kumpulan itu untuk merompak satu lagi stesen minyak gagal.

Guna tukul besi

Dalam ketiga-tiga kes itu, kumpulan berkenaan menggunakan penukul besi untuk memecahkan pintu kaca stesen minyak berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian pertama di stesen minyak di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, jam 5 pagi Sabtu, kumpulan itu melarikan RM2,000 dari kaunter, satu komputer riba dan telefon bimbit milik pekerjanya.

Kira-kira 20 minit kemudian kumpulan sama cuba merompak stesen minyak di Jalan Persekutuan di Behrang 2020, berdekatan bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim tetapi gagal dan melarikan diri apabila alat penggera berbunyi ketika cuba memecahkan pintunya.

Rompak RM140,000

Dalam kes ketiga, awal pagi kelmarin, kumpulan lelaki sama merompak RM140,000 dari stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam arah selatan," katanya di sini, semalam.

Pekerja stesen minyak di Tanjung Malim, G Devenlee berkata, pada mulanya beliau menyangka kumpulan lelaki menaiki enam motosikal itu mahu mengisi minyak dan terkejut apabila seorang daripada mereka menggunakan penukul untuk memecahkan pintu kaca.

"Seorang daripada suspek meluru masuk dan memecahkan pintu pejabat, manakala tiga lagi menuju ke arah saya dan mengugut supaya menyerahkan wang dalam laci.

"Saya cuba melarikan diri melalui satu lagi pintu tetapi dihalang seorang suspek yang menunggu di pintu berkenaan. Mereka kemudian melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM2,000, komputer riba dan dua telefon bimbit saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan yang dihubungi mengesahkan menerima laporan rompakan di stesen minyak di Tanjung Malim dan cubaan merompak di stesen minyak di Behrang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan