Selasa, 11 September 2012

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Kuala Gula - Santuari Burung dan <b>Kuala Kurau</b> - Asam Garam 2 <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 02:21 AM PDT


Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bawa kowang sumer ke Kuala Gula dan Kuala Kurau, Perak. Mesti ada yang tak tahukan apa yang ada kat Kuala Gula dan Kuala Kurau ni. Sebabnya tempat ni bukan ler glemer sangat macam lain-lain tempat kat Daerah Kerian ni. Mungkin Daerah Kerian ni kena lebih fofularkan kawasan-kawasan yang best yang ada dalam daerahnya supaya dapat tarik lebih kedatangan pelancong. Sebab kat Daerah Kerian ni pun ada gak tempat-tempat yang menarik tau. Macam Kuala Gula ni ler.


Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Berhampirannya ialah Pulau Kelumpang, sebuah pulau yang terdapat di dalam hutan simpan tersebut, disempadani oleh Sungai Selinsing di bahagian tenggara, Sungai Kelumpang di bahagian timur laut dan kawasan laut di bahagian baratnya. Keseluruhan Pulau Kelumpang dikelilingi oleh pantai berlumpur yang baru terbentuk di mana anak-anak pokok Api-api (Avicennia spp.) hidup di atasnya. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.

Kuala Gula mempunyai pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan sawah padi juga mempunyai liputan yang luas di Kuala Gula. Ia terletak di lokasi paling utara Hutan Simpan Paya Bakau Larut-Matang di Daerah Kerian, Perak. Kedudukannya lebih kurang 50km ke barat Taiping, 126km ke barat-laut bandar Ipoh dan 80km ke selatan dari Pulau Pinang.



Kuala Gula sebenarnya telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway.


Pelbagai spesies burung air/berhijrah boleh ditemui bermula daripada akhir Ogos hingga April setiap tahun. Spesies-spesies yang dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh didapati di sini. Kewujudan hutan paya bakau di Kuala Gula menyediakan kawasan persinggahan, kawasan berehat dan kawasan bersarang yang amat sesuai untuk pelbagai spesies tempatan di sini. Selain daripada itu, beting pasir dan beting lumpur menyediakan pelbagai sumber makanan yang diperlukan oleh burung-burung ini seperti ikan, ketam, siput dan cacing. Di Malaysia, sebahagian besar daripada spesies burung-burung di sini dilindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 76/72.
Santuari Burung Kuala Gula menyediakan kemudahan chalet untuk pelancong yang ingin menginap dan merasai keindahan alam semulajadi paya bakau dan didiami oleh beribu-ribu burung yang singgah dari pelusuk dunia, Santuari Burung Kuala Gula juga menyediakan kemudahan seperti restoran, ekspedisi, bot pelancong serta kemudahan asas yang lain untuk pelancong menikmati cabaran alam semulajadi yang tenang.Malah pelancong juga boleh bersiar-siar menaiki bot untuk meneropong dan melihat sendiri burung-burung yang singgah di paya bakau Santuari Burung Kuala Gula ini.
Masa saya cari cerita pasal Kuala Gula ni, saya baru tahu yang terdapat satu tapak Arkeologi di Pulau Kalumpang, Kuala Gula, Perak ni. Yang ni saya tengok kat blog Rosli's Site. Tapi tak der le pulak apa-apa penerangan yang dia berikan. Bagi yang nak ke sini lepas je ke Kuala Gula boleh ler lajak-lajak ke Bukit Merah Laketown untuk berhibur dan mandi-manda. Lokasinya dekat je so ala-ala menyelam sambil minum air heheh.

Kuala Kurau pula terletak di dalam Daerah Kerian, Negeri Perak merupakan sebuah pekan yang terletak di pinggir Sungai Kurau dengan persekitaran perkampungan nelayan dan petani. Persekitaran desa dengan aktiviti industri desa dan kraftangan di samping aktiviti berkaitan perikanan seperti pendaratan hasil laut, memproses belacan dan ikan kering, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan udang telah menjadi aset pelancongan di sini. Kawasan pinggir pantai Kuala Kurau juga amat terkenal sebagai kawasan ternakan kerang.

Kalau nak ikut sejarahnya ada orang-orang tua dulu kala ceritakan bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800 dahulu. Namun setakat ni beluma da tarikh sebenar mengenainya. Ia dikatakan bermula dari penghijraan beberapa keluarga melayu Perak yang meneroka kawasan ini untuk bersawah dan menangkap ikan. Maka bermula dengan itu sejak dari hari ke sehari Kuala Kurau di datangi pendatang dari pelbagai kaum dan tempat. Kini peratusannya lebih dikuasai oleh penduduk berbangsa cina.



Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan menjalankan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai seuah pelabhan import dan eksport yang lengkap degna pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (jabatan Syahbandarm, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau ni adalah gabungan dua perkataan iaitu Kuala kerana kedudukannya di muara sungai dan Kurau pula adalah sejenis nama ikan yang masyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut suatu masa dulu.
Jika ingin melihat kehidupan nelayan, menyusuri sungai Kurau adalah langkah yang paling baik. Kampung Nelayan, Kampung Tok Ngah dan Kampung Raja Bashah boleh dilawati sepanjang persisiran Sungai Kurau. Sejarah pelabuhan Sungai Kurau yang tidak dibukukan turut berupaya menjadi aset utama pelancongan di Kuala Kurau. Elemen-elemen pelabuhan dapat dilihat di sini seperti papan tanda had pelabuhan, tempok dan pelantar konkrit (sebahagian sudah dirobohkan) dan laluan keretapi (sumber lisan) dan bangunan-bangunan lama di Pekan Kuala Kurau

Maut Selepas Terjatuh ke Sungai

Posted: 02 Sep 2012 02:07 AM PDT

Maut Selepas Terjatuh ke Sungai : Seorang bapa tidak menyangka bahawa keputusan meninggalkan anak perempuannya berusia 3 tahun berseorangan sebentar di luar rumah berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut setelah terjatuh ke dalam Sungai Kuala Kurau di sini, dalam kejadian petang kelmarin.

Bapa mangsa, Ong Keng Yaw, 35, berkata, ketika kejadian jam 6 petang, mangsa, Ong Xin Tong berusia tiga tahun ditinggalkan sebentar di pekarangan kawasan rumahnya bagi mandi sebentar.

Bagaimanapun, selepas selesai siapkan diri, dia tidak nampak kelibat anak perempuannya itu malah ahli keluarga lain yang berada di dalam rumah juga tidak menyedari kehilangan mangsa.

"Dalam masa kami berusaha mencari di seluruh kawasan rumah, tiba-tiba salah seorang anak jiran yang berusia 6 tahun telah memberitahu kami bahawa dia ada ternampak mangsa terjatuh ke dalam sungai di hadapan rumah kami kira-kira 15 minit sebelum itu.

"Saya terus terjun ke dalam Sungai Kuala Kurau dan berjaya menemui anak saya dalam keadaan lemas.

"Bagaimanapun, saya kecewa kerana usaha menyelamatkan nyawanya gagal dan dia meninggal sewaktu dalam perjalanan ke klinik berhampiran," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini, semalam.

Keng Yaw berkata, mangsa sebelum ini tidak pernah merayau-rayau keluar dari kawasan rumah secara berseorangan dan terkilan tindakan mangsa pertama kali keluar bersendirian berakhir dengan satu tragedi menyayat hati.

"Kami sekeluarga berasa amat sedih dengan pemergian mendiang anak perempuan saya. Bagaimanapun, saya menganggap apa yang telah berlaku adalah suratan takdir yang perlu kami hadapi dengan tabah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. - Maut Selepas Terjatuh ke Sungai 

Connect Facebook

5.0

Remaja maut digilis kereta | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 23 Aug 2012 07:34 PM PDT

BAGAN SERAI , 24 Ogos – Hasrat seorang remaja untuk pulang ke rumah selepas beraya di kampung bertukar tragedi apabila mangsa maut digilis sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Bagan Serai-Kuala Kurau, di sini,  kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa Abdul Hamid Yusof, 22, dari Kuala Kurau sedang menunggang motosikal di Jalan Bagan Serai-Kuala Kurau sebelum bergesel dengan sebuah motosikal lain dari arah sama.

Menurutnya, mangsa terjatuh ke atas jalan arah bertentangan sebelum digilis sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

"Mangsa kemudiannya terperosok di bawah kereta terbabit dan kami terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai untuk mengeluarkan mangsa daripada tersepit di bawah kenderaan terbabit.

"Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Mat Fauzi berkata, mangsa difahamkan baru sahaja pulang dari beraya bersama rakan-rakan di sekitar kawasan Bagan Serai.

Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal yang bergesel dengan mangsa turut mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Parit Buntar.

"Penunggang terbabit yang dikenali sebagai S Amachy, 65, dari Taman Seri Kurau mengalami kecederaan di muka dan tangan setelah turut terjatuh dari motosikal akibat pergeselan dengan motosikal mangsa.

"Manakala seorang lagi pembonceng yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan